Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Super Robot Wars 30 memecahkan Rekod Dunia Guinness untuk IP terbanyak dalam satu game!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 16, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Genre, Nintendo Switch, PC, PS4, Real time strategy, Steam
0 0
0
Super Robot Wars 30 memecahkan Rekod Dunia Guinness untuk IP terbanyak dalam satu game!
Share on FacebookShare on Twitter

Super Robot Wars telah memecahkan Rekod Dunia Guinness untuk IP terbanyak dalam satu RPG, setelah trailer pengumuman untuk Super Robot Wars menunjukkan senarai penuh IP yang mengambil bahagian dalam permainan. Untuk meraikan pencapaian ini, halaman Facebook Bandai Namco Entertainment akan memberikan syiling peringatan, melalui acara giveaway. Syiling ini diukir dengan logo Super Robot Wars 30 untuk meraikan ulang tahun siri ke-30 dan di sisi lain terdapat tulisan yang menunjukkan anugerah Rekod Dunia Guinness yang diberikan kepada Super Robot Wars 30.

Untuk menyertai acara giveaway ini, anda boleh melihat posting mereka di FB:

  • Tempoh Kempen: Sekarang hingga 21 Julai 2021, 23:59 (GMT +8)
  • Bagaimana untuk menyertai?
    • Ikuti laman Facebook Bandai Namco Entertainment
    • Letakkan hashtag #SRW30 dan komen momen-momen kegemaran anda dalam siri Super Robot Wars.
  • Hadiah: Syiling peringatan untuk Ulang Tahun ke-30 Super Robot Wars (10 pemenang bertuah dari Asia Tenggara).

Super Robot Wars terkenal sebagai siri permainan dengan jumlah crossover yang banyak dari genre mecha. Mereka telah memasukkan watak-watak dari seluruh genre mecha, termasuk Neon Genesis Evangelion dan Gurren Lagann. Walaupun beberapa francais saling diganti tetapi siri popular seperti Gundam sentiasa muncul dalam setiap permainan, lantas memberikan peluang kepada peminat untuk melihat mecha kegemaran mereka berinteraksi dengan mecha dari francais lain.

Super Robot Wars 30 akan tersedia untuk PlayStation 4, Nintendo Switch, dan PC melalui Steam pada 28 Oktober di Jepun. Walaupun Bandai Namco Asia Tenggara telah mengumumkan penterjamahan bahasa Inggeris untuk permainan, mereka belum dapat mengesahkan tarikh pelancaran rasmi di rantau ini. Untuk segala liputan kami tentang permainan, sila tekan pautan ini.

Sumber – FB@Bandai Namco
Tags: animemechaRekod Dunia GuinnessSuper Robot WarsSuper Robot Wars 30
Previous Post

Game multiplayer Resident Evil Re: Verse ditangguhkan ke tahun 2022!

Next Post

Monster Hunter Stories 2: Cara-cara dapatkan Palamute!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Monster Hunter Stories 2: Cara-cara dapatkan Palamute!

Monster Hunter Stories 2: Cara-cara dapatkan Palamute!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd