Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game multiplayer Resident Evil Re: Verse ditangguhkan ke tahun 2022!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 16, 2021
in Artikel, Battle Royale, Berita, Genre, PC, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Game multiplayer Resident Evil Re: Verse ditangguhkan ke tahun 2022!
Share on FacebookShare on Twitter

Re: Verse sebenarnya diumumkan pada bulan Januari lalu, dan sepatutnya dilancarkan bersama dengan Resident Evil: Village pada bulan Mei tetapi hari ini, Capcom mengumumkan melalui akaun Twitter rasmi bahawa Resident Evil Re: Verse akan ditangguhkan ke tahun 2022. Pelancaran permainan telah ditunda supaya pasukan pemaju dapat menciptakan “pengalaman gameplay yang lancar.” Dalam tweet lanjut, Capcom mendorong peminat untuk menyimpan kupon dan kod muat turun apabila Re: Verse akhirnya dilancarkan secara rasmi.

For players who purchased a physical version of Resident Evil Village, we recommend that you keep track of the included Resident Evil Re:Verse download code or add it to your account now so that you are ready to play when the game launches next year.

— Resident Evil (@RE_Games) July 15, 2021

Ketika ujian beta terbuka Re: Verse bermula sebelum pelancaran RE Village, pemain dengan cepat dapat melihat keadaan permainan yang tidak begitu kemas. Capcom terpaksa berhentikan ujian beta hanya beberapa jam selepas bermula kerana pemain mengalami masalah besar semasa matchmaking. Sudah tentu, inilah antara sebab utama mengapa pihak pemaju harus mengadakan ujian beta terbuka bagi permainan mereka.

Ia dapat mendedahkan masalah-masalah yang menyusahkan seperti ini namun ramai yang kecewa ia tersedia dalam keadaan yang sukar untuk dimainkan. Mudah-mudahan dengan masa tambahan yang diberi, Capcom dapat benar-benar menyingkirkan segala masalah dan menggilap Re: Verse supaya peminat dapat menikmati permainan dengan lancar.

Bagi mereka yang tidak tahu, Re: Verse menampilkan aksi multiplayer gameplay third person di mana pemain boleh memilih watak-watak ikonik dari francais Resident Evil seperti Leon Kennedy, Jill Valentine, Chris Redfield, dan lain-lain. Empat hingga enam pemain akan mengambil bahagian dalam pertarungan “deathmatch” selama 5 minit, dengan menggunakan senjata dan barang-barang yang terdapat di peta. Pemain yang memperoleh mata terbanyak pada akhir pertandingan akan menjadi pemenang.

Setiap watak manusia mempunyai abiliti dan senjata sendiri. Mereka juga dapat berubah menjadi Bioweapon (raksasa kuat seperti Nemesis, Moulded, dan lain-lain) selepas mendapatkan Kapsul Virus. Sebaik sahaja watak Bioweapon dibunuh, pemain akan kembali menjadi manusia.

Kerana ditangguhkan, Resident Evil Re: Verse kini akan dilancarkan pada tahun 2022 di PC, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, dan Xbox Series X/S.

Sumber – Twitter@Resident Evil Re: Verse

Lihat di sini
Resident Evil Re:Verse
Developer: CAPCOM
Release Date: 2021-05-07
PlayStation 4, PlayStation 5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
Watak Resident Evil yang dicintai bertempur dalam pertarungan hingga mati! Uji kemahiran anda terhadap pemain lain dalam pertempuran deathmatch enam orang. Tetapi jangan lupa senjata api bio yang menakutkan! Anda perlu menguasai kemahiran pahlawan dan senjata bio jika anda ingin mencakar jalan menuju kemenangan!
Tags: delayDitangguhmultiplayerResident EvilResident Evil Re: Verse
Previous Post

Valve mengumumkan konsol Steam Deck yang boleh memainkan game AAA terkini!

Next Post

Super Robot Wars 30 memecahkan Rekod Dunia Guinness untuk IP terbanyak dalam satu game!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Super Robot Wars 30 memecahkan Rekod Dunia Guinness untuk IP terbanyak dalam satu game!

Super Robot Wars 30 memecahkan Rekod Dunia Guinness untuk IP terbanyak dalam satu game!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd