MSI kini sedang mengadakan MSI Mid-Year Sales bagi memastikan anda dapat bekerja dan bermain game dari rumah dalam prestasi yang hebat! Jualan yang diadakan ini menampilkan laptop daripada pelbagai siri yang boleh digunakan untuk gaming, berbisnes dan produktiviti! Pelbagai jenis laptop telah ditawarkan dengan harga yang sangat berbaloi, dan jualan ini bermula dari 5 hingga 31 Julai 2021!
Terdapat beberapa pilihan model laptop MSI terpilih yang membolehkan anda untuk mendapatkan set bundle terhad seperti Headset Loot Box Pack bersama gaming mouse dan Mouse Loot Box Pack. Harga bagi kumpulan laptop ini bermula dari RM4,899 sehingga RM11,499 yang terdiri daripada model GS66 Stealth, GE66 Raider, Stealth 15M, Pulse GL76, dan GF65 Thin.
Dalam jualan MSI Mid-Year Sales ini juga, mereka turut menawarkan beberapa siri model MSI GF63 Thin yang sangat berbaloi dan sesuai dengan bajet anda. Harga yang ditawarkan untuk model laptop ini adalah dari RM3,299 sehingga RM3,499, dan setiap pembelian anda boleh mendapat percuma sebuah gaming mouse.
Bagi mereka yang ingin mencari laptop untuk melakukan perkara seperti berbisnes dan produktiviti, MSI menawarkan beberapa siri model seperti SUMMIT E13 Flip EVO yang didatangkan dengan MSI Pen dan beg MSI Stealth Trooper, serta model Prestige 15 dan Prestige 14. Anda boleh mendapatkan laptop yang hebat ini dengan harga bermula dari RM3,799 sehingga RM6,899 bersama hadiah menarik seperti MSI Dual Function Neck Pillow dan MSI Lucky USB Drive 16G.
Promosi MSI Mid-Year Sale ini telah bermula sejak 5 Julai dan akan berakhir pada 31 Julai nanti! Anda boleh membeli laptop yang ditawarkan ini sama ada di halaman promo MSI atau di MSI Member Centre. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh layari Facebook rasmi MSI.
@gamersantaimy
Discussion about this post