Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tencent menghasilkan paten untuk pengguna mewasiatkan aset game mereka kepada pewaris!

Amir Haziq by Amir Haziq
July 13, 2021
in Artikel, Berita, Genre
0 0
0
Tencent menghasilkan paten untuk pengguna mewasiatkan aset game mereka kepada pewaris!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, syarikat permainan video terbesar China, iaitu Tencent mengumumkan bahawa mereka telah menghasilkan paten untuk mewasiatkan item digital. Paten ini dicipta bagi membolehkan seseorang yang sudah meninggal dunia untuk menyerahkan aset digital kepada pewaris apabila mereka sudah tiada. Bunyi seperti tidak masuk akal, tetapi inilah kehebatan teknologi masa kini yang akan kita lihat di masa akan datang.

Idea ini tercetus mungkin kerana kita sudah lihat ada nenek yang viral di TikTok kerana skil dia bermain Call of Duty dengan atuk dari China cipta rekod dengan bermain lebih 300 game. Seiring dengan komuniti di online, dan potensi nilai wang yang sudah dibelanjakan untuk barang digital seperti skin, game dan ID game, maka lebih banyak syarikat berfikir untuk menambah klausa warisan untuk pelanggan mereka. Klausa warisan ini dapat meneruskan aset digital mereka sama seperti aset fizikal dari surat wasiat macam rumah, tanah dan wang.

As we move towards a more digital world, the idea of virtual asset inheritance has become more important among aging netizens who have long standing online / game accounts with many digital items.

Tencent has not announced an actual digital inheritance plan just yet though.

— Daniel Ahmad (@ZhugeEX) July 12, 2021

Tencent adalah salah satu dari syarikat pertama yang mencetuskan proses penyerahan aset digital ke waris berikutnya dengan paten. Sistem paten ini akan membolehkan pemindahan secara terus ke akaun warisan digital dari si mati kepada warisnya setelah meninggal dunia, termasuklah akaun dan item in-game dari permainan video Tencent.

Walau bagaimanapun, paten Tencent baru ini tidak disertakan dengan rancangan bagaimana aset digital akan diserahkan kepada pewaris baru. Maklumat mengenai paten ini muncul dalam aplikasi Tianyancha, yang menunjukkan Tencent memohon nombor paten cn110245940b pada bulan Mac 2019, dan ia berkaitan dengan teknologi baru untuk membekalkan “information processing methods, and related devices in the inheritance and transfer of digital asset certificates.” Paten ini memerlukan pengguna memuat naik kehendak mereka dan memberi nama penerima untuk item digital dalam beberapa jenis aplikasi atau mungkin dalam game itu sendiri.

Undang-undang di Amerika Syarikat menyatakan kebanyakkan aset digital tidak dianggap boleh dipindah milik melalui wasiat. Namun, ada beberapa jenis aset digital yang boleh diwariskan seperti eBook, akaun Amazon, filem muat turun digital, dan yang berkaitan. Kita boleh lihat sistem ini seperti yang dilakukan oleh Apple melalui sistem penerima mereka yang memberikan item dan akaun in-game dari pelbagai permainan video boleh diturunkan secara teknikal.

Buat masa ini, tiada undang-undang mereka yang merangkumi pewarisan harta digital seperti akaun permainan, dan barang berharga di dalam talian. Tetapi, memandangkan sekarang banyak barang di online boleh mempunyai nilai wang sebenar, jadi mungkin idea paten ini tidak mustahil untuk dilaksanakan

Tidak mustahil satu hari nanti ada antara kita yang akan mewariskan akaun Steam mereka kepada anak-anak, atau atuk mewariskan skin in-game pada cucunya. Apa pendapat anda tentang berita ini? Kongsikan pada kami item online apa yang anda ingin wariskan kepada anak cucu bila sudah tiada nanti di ruang komen.

Sumber: GameRant

Tags: PatentencentWasiat Game
Previous Post

Anime ASTRO BOY kini boleh ditonton percuma di Youtube!

Next Post

Geng cryptocurrency diserbu dan terkantoi simpan beribu PS4 Pro, kad grafik dan prosesor

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Geng cryptocurrency diserbu dan terkantoi simpan beribu PS4 Pro, kad grafik dan prosesor

Geng cryptocurrency diserbu dan terkantoi simpan beribu PS4 Pro, kad grafik dan prosesor

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd