Call of Duty: Warzone telah menjadi permainan battle royale yang sangat popular sejak ia dilancarkan, dan berjaya menarik minat pelbagai jenis pemain dari setiap peringkat umur. Beberapa hari yang lalu, seorang nenek tak disangka telah menjadi viral di TikTok kerana kemahiran dan gameplay yang hebat di CoD: Warzone.
Dengan lebih daripada 18 ribu subscriber di Twitch, TacticalGramma pastinya seorang pemain Call of Duty: Warzone yang anda akan tonton. Halaman Twitch-nya menyatakan dia mula bermain permainan video ketika Pong dilancarkan bertahun-tahun yang lalu, tetapi baru-baru ini dia mendominasi Call of Duty: Warzone dengan gameplay sniper-nya yang menakjubkan.
Dengan menggunakan nama yang sama di TikTok, TacticalGramma sering berkongsi klip pendek yang menunjukkan dia membunuh musuh dengan bergaya, terutama menggunakan senapang sniper SP-R208. Videonya sering mendapat berjuta tontonan dan tidak pelik bila dia mula menjadi viral dengan video highlight permainannya. Anda pasti akan tersenyum mendengar ejekannya seperti “that’s right gramma killed you” dan “get wrecked nerd” selepas membunuh musuh dengan cara yang gempak.
Selain itu, terdapat beberapa klipnya berkongsi mengenai hacker di CoD: Warzone, dan menyatakan mungkin ada pemain yang menganggap dia sebagai hacker juga. Tambahan pula, sikapnya yang bersemangat dan kemahiran bermainnya telah memeriahkan komuniti CoD: Warzone. Sejak videonya viral di TikTok, ramai peminat ingin melihat TacticalGramma sertai esport profesional untuk Call of Duty League musim akan datang.
TacticalGramma layak mendapat perhatian kerana kandungan video menariknya, serta sikap dan personalitinya yang lucu ketika bermain permainan video. Populariti Tacticalgramma juga meningkat sehingga tersenarai dalam top streamer sebaris dengan Dr Disrespect untuk Call of Duty: Warzone. Bagi sesiapa yang berminat untuk mengikuti TacticalGramma, anda boleh menonton stream-nya setiap minggu di Twitch dan Facebook Gaming, serta kompilasi videonya di Youtube dan TikTok.
@gamersantaimy
Discussion about this post