Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nacon, Teyon dan MGM akan melancarkan game Robocop baru pada 2023 untuk konsol dan PC!

RoboCop: Rogue City masih lagi dalam fasa permulaan

Amir Haziq by Amir Haziq
July 7, 2021
in Artikel, Berita, Game Baru, Genre, PC, Platform, Shooter, Steam
0 0
0
Nacon, Teyon dan MGM akan melancarkan game Robocop baru pada 2023 untuk konsol dan PC!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, penerbit permainan video Nacon dan syarikat hiburan terkemuka Metro Goldwyn Mayer (MGM) mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani perjanjian untuk melancarkan game RoboCop terbaru berdasarkan tiga filem pertamanya. Game ini akan menampilkan kisah RoboCop baru yang sedang dibangunkan oleh studio Teyon, iaitu pasukan disebalik kejayaan Terminator: Resistance. RoboCop baru ini dirancangkan pelancarannya pada tahun 2023 untuk platform konsol dan PC.

RoboCop merupakan kisah sci-fi-action klasik dan salah satu francais filem paling ikonik Hollywood sepanjang masa. Kisah ini telah ditayangkan pertama kali pada tahun 1987, dan ianya kemudian terus menjadi fenomena untuk penonton di seluruh dunia sehingga hari ini. Bagi meraikan ulang tahun ke-35 RoboCop nanti, ia telah mengatasi budaya pop dengan produk pengguna dan program perlesenan yang mantap serta menaikkan legasi di ruang gaming.

Tambahan pula, Nacon dan Teyon akan bekerjasama dengan MGM untuk membangunkan game RoboCop dengan pengalaman permainan yang asli, dan setia dengan DNA francais. Malah game ini dijanjikan pada pemain untuk memberi mereka menjadi seperti RoboCop semasa bermain nanti. Dalam filem asalnya, Alex Murphy merupakan anggota polis mengalami cedera parah semasa melawan penjahat, dan doktor inovatif telah mencantumkan Alex sebagai cyborg yang dikenali sebagai RoboCop untuk menentang jenayah.

Ketua Pegawai Eksekutif Nacon, iaitu Alain Falc menyatakan mereka sangat gembira kerana dapat bekerjasama dengan MGM bagi menawarkan visi baru untuk RoboCop selepas lebih dari 30 tahun. Beliau juga ingin menawarkan pengalaman gameplay berbeza yang lebih hebat kepada para pemain.

Di samping itu, Naib Presiden Eksekutif Produk dan Pengalaman Pengguna Global MGM, iaitu Robert Marick menyatakan beliau sangat berharap mereka dapat membawa salah satu IP MGM paling hebat ini ke platform game dengan jenama cerita baru. Filem ini terkenal dengan aksi menarik dan disertakan jalan cerita yang kompleks. Jadi Marick sangat gembira jika peminat RoboCop boleh merasai pengalaman pertama dalam game ini.

Buat masa ini, RoboCop: Rogue City masih lagi dalam peringkat awal pembangunan, dan mereka hanya mengumumkan game ini akan tiba pada tahun 2023 nanti. Jadi kita akan melihat lebih banyak berita perkembangan RoboCop sepanjang tahun 2022.

Sumber: PCGamer

Tags: HollywoodMGMnaconRoboCop: Rogue CityTeyon
Previous Post

Pra-pendaftaran Mobile RPG KonoSuba: Fantastic Days kini bermula!

Next Post

Siri Isekai Quartet bakal mengeluarkan filem anime pada tahun 2022!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Siri Isekai Quartet bakal mengeluarkan filem anime pada tahun 2022!

Siri Isekai Quartet bakal mengeluarkan filem anime pada tahun 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd