Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MyPlayStation kini ditutup! Jom beralih ke PlayStation Apps sekarang!

Servis MyPlayStation ditutup berkuatkuasa bermula 29 Jun

Amir Haziq by Amir Haziq
June 30, 2021
in Artikel, Berita, Genre, Platform, PS4, PS5
0 0
0
MyPlayStation kini ditutup! Jom beralih ke PlayStation Apps sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada awal bulan Jun yang lalu, Sony telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menghentikan sokongan web MyPlayStation dan perkhidmatan mesej PS Vita bermula 28 Jun. Penutupan ini akan menyebabkan pengguna tidak lagi mempunyai akses kepada Game Library, Parties, Friends, Trophies dan Profile Information melalui laman web tersebut. Bermula 29 Jun semalam, Sony telah pun menutup servis perkhidmatan MyPlayStation dan mula menggunakan sepenuhnya aplikasi PlayStation App.

MyPlayStation merupakan laman web yang diasingkan dari laman web utama PlayStation, di mana pengguna boleh menguruskan maklumat profil PSN, trofi dan library mereka. Penutupan web ini dikatakan bakal digantikan dengan PS App dan menu profil akan tersedia di laman web PS. Dari situ, pemain masih boleh mendapatkan akses kepada maklumat Profile dan Game Library mereka. Namun, untuk maklumat Parties, Friends dan Trophies hanya akan boleh di akses sama ada melalui konsol PlayStation 5 atau PlayStation 4 atau di PlayStation App.

Walau bagaimanapun, Sony telah mengajak pengguna mereka untuk beralih menggunakan aplikasi mobile rasmi PlayStation App untuk melakukan sebarang perkhidmatan yang ditawarkan oleh MyPlayStation sebelum ini. Malah, dari laman web rasmi PlayStation juga anda boleh mengakses maklumat profil sendiri.

Dengan penggunaan aplikasi PlayStation Apps sekarang, Sony secara rasmi telah menutup perkhidmatan mereka yang tidak lagi ramai pemain gunakan. Untuk membaca lebih lanjut liputan mengenai PlayStation, tekan sahaja pada pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MyPlayStationPlayStation AppSony
Previous Post

Pelbagai yang baru! World of Warcraft: Shadowlands – Chains of Domination kini bermula!

Next Post

“Saya dipengaruhi oleh orang-orang di dunia nyata” Temu ramah eksklusif Yoko Taro untuk siri NieR

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
“Saya dipengaruhi oleh orang-orang di dunia nyata” Temu ramah eksklusif Yoko Taro untuk siri NieR

"Saya dipengaruhi oleh orang-orang di dunia nyata" Temu ramah eksklusif Yoko Taro untuk siri NieR

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd