Sebagai permainan multiplayer, ramai yang tertanya kenapa Overwatch tidak ada fitur cross-play. Memandangkan pelaksanaan cross-play semakin popular dan sekarang dianggap sebagai standard dalam permainan multiplayer terkini, Activision Blizzard turut mengesahkan bahawa ciri cross-play kini akan disertakan ke dalam Overwatch. Walaupun masih dalam versi beta, ia kini tersedia mulai hari ini.
Halaman media sosial rasmi Overwatch berkongsi trailer pendek untuk mengumumkan pelancarannya, di mana fitur cross-play kini aktif di setiap pelantar permainan termasuk PC, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X/S, dan Nintendo Switch. Untuk memberi insentif kepada pemain untuk, sesiapa yang log masuk ke Overwatch sebelum tamatnya tahun 2021 akan menerima Golden Loot Box percuma.
Trailer ini juga memberikan penjelasan ringkas mengenai cara menggunakan cross-play. Yang diperlukan adalah supaya pemain konsol membuat akaun Battle.net. Pemain kemudian akan menerima mesej setelah membuka permainan untuk menghubungkan akaun Battle.net dengan akaun konsol yang digunakan. Pemain PC tidak perlu melakukan apa-apa kerana mereka sudah mempunyai akaun Battle.net.
Laman web rasmi menerangkan dengan lebih terperinci dan menawarkan bahagian FAQ untuk menjawab soalan tertentu yang mungkin pemain keliru. Pertama sekali, pemain konsol kini wajib memiliki akaun Battle.net untuk bermain, walaupun mereka tidak ingin menggunakan fitur cross-play. Seterusnya, fitur cross-progression belum dilaksanakan, jadi pemain tidak dapat berkongsi kemajuan mereka di pelantar berbeza.
Oleh kerana ada beberapa pemain yang hanya ingin bermain bersama pihak lawan di pelantar yang sama, cross-play boleh dimatikan. Oleh kerana ia diaktifkan secara automatik, pemain perlu mematikannya dalam menu utama. Walau bagaimanapun, pemain PC tidak boleh mematikan fitur ini.
Blizzard juga menerangkan serba sedikit tentang fitur aim-assist, yang dianggap oleh beberapa orang sebagai kelebihan yang tidak adil dan merupakan sebab utama mengapa pemain PC tidak mahu bermain bersama pemain konsol. Untuk menyelesaikan isu tersebut, jika pemain konsol bermain bersama dengan pemain PC, maka fitur aim-assist di konsol akan dimatikan secara automatik.
Overwatch boleh didapati di Nintendo Switch, PC, PlayStation 4, dan Xbox One. Untuk segala liputan kami tentang permainan, sila tekan pautan ini.
Sumber – Activision Blizzard
@gamersantaimy
Discussion about this post