Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Fakta menarik tentang pemain bola sepak terkenal yang gila game!

Amir Haziq by Amir Haziq
June 21, 2021
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Panduan
0 0
0
Fakta menarik tentang pemain bola sepak terkenal yang gila game!
Share on FacebookShare on Twitter

Memiliki profesion sebagai pemain bola sepak bertaraf dunia, pastinya bukan penghalang untuk mereka mempunyai hobi selain dari bermain bola sepak. Dalam era yang sudah moden ini, PC dan konsol bukanlah benda asing atau sukar untuk didapatkan oleh seorang pemain bola sepak yang bergaji hampir berpuluh ribu dolar seminggu kan? Jadi kami disini ingin berkongsi dengan anda, beberapa fakta mengenai bintang bola sepak yang gila game seperti kita juga!

Neymar Jr. minat main COD dan Fortnite

Sumber: screenshot dari Youtube CoD Cloud

Neymar Da Silva Santos Jr merupakan pemain negara Brazil dan bintang untuk kelab bola PSG yang gemar bermain game konsol dan PC. Neymar mempunyai PC khusus untuknya yang ditaja oleh jenama Aorus, dan beliau menggunakannya untuk bermain Fortnite, Call of Duty dan GTA. Beliau juga dikatakan sangat hebat bermain game Pro Evolution Soccer, dan jika dia bukan bintang di padang, Neymar mungkin jadi bintang di dunia game juga.

Antoine Griezmann pilih Xbox sebagai konsol kegemaran

Sumber: Screenshot dari Youtube The Doctor PES

Bintang kelab Atletico Madrid ini juga merupakan seorang gamer tegar dan menjadikan Xbox sebagai konsol kegemarannya. Griezmann mempunyai gaya sambutan gol-nya tersendiri dan jika anda bermain Fortnite, isyarat Take L yang terkenal itu diinspirasikan dari beliau. Mungkin kalau dia main FIFA, dia buat isyarat itu juga bila menghasilkan gol dekat sofa kan?

Jesse Lingard main game sebagai terapi

Sumber: Screenshot dari Youtube PlayStation

Pemain sayap Manchester United dan England ini banyak menghabis sebahagian besar waktu lapangnya untuk bermain permainan video. Hobi bermain game Lingard bermula apabila dia bersama MU telah kalah dalam perlawanan akhir Cup Final 2018. Mungkin masa itu Lingard kecewa sangat, jadi dia pun menggunakan game sebagai bentuk terapi.

Marcus Rashford pemain e-Sukan kelas pertengahan

Sumber: Screenshot dari Youtube England

Kalau tidak berada di padang untuk sesi latihan atau pun perlawanan, pemain bintang England, Marcus Rashford akan menghabiskan masanya bermain PlayStation. Disamping memegang karier sebagai pemain bola sepak, Rashford juga adalah seorang pemain e-sukan peringkat pertengahan dan beliau sangat kompetitif bila bermain game.

Andrea Pirlo mengkagumi PlayStation

Ingat pemain muda saja yang gila game? Ini kami masukkan pemain legenda yang sangat berdisiplin dan hebat mencicirkan lawannya di atas padang. Mesti anda tidak sangka yang Pirlo juga seorang pemain game tegar kan? Legenda Itali ini sangat suka bermain PlayStation dan pernah menyatakan yang konsol itu merupakan penemuan lagi hebat selepas kereta!

Fernando Torres ada bilik gaming sendiri

Peminat bola sepak dari semua kelab sangat mengidolakan Torres semasa zaman beliau di Liverpool. Bagi yang tidak tahu, semasa Torres bersama pasukan The Reds, beliau telah membuat ruang game sendiri yang khusus hanya untuk dia sahaja dan menelan belanja sehingga £35,000 (anggaran RM171,914.29)! Ada sumber mengatakan prestasi Torres mula merosot di Chelsea kerana beliau tidak diberikan ruang game.

David James bagi alasan kalah kerana banyak main Tekken

Sumber: Screenshot dari Youtube UKTV

Masih ingat lagi dengan penjaga gol terhebat pasukan England ni? David James merupakan peminat tegar game, sampai ada tahap dimana beliau hilang fokus semasa perlawanan kerana terlalu banyak bermain game Tekken II dan Tomb Raider. Kisah ini disahkan oleh portal berita sukan ESPN dimana James menyatakan punca kekalahan pasukannya kerana beliau bermain game Tekken selama berjam-jam!

Ryan Babel tonton live stream game masa final World Cup

Pemain pasukan Belanda ini pernah diletakkan di bangku simpanan untuk keseluruhan musim World Cup 2010. Nak tau apa Babel buat semasa pasukannya yang lain sedang berjuang di perlawanan akhir World Cup itu? Beliau menonton maraton live stream permainan video! Jika anda peminat game PES, maka anda boleh sekepala dengan Babel.

Wendell Lira pencen dan jadi pro gamer

Masih ingat lagi dengan pemenang Anugerah Puskas tahun 2015? Wendell Lira merupakan bekas penyerang Brazil yang telah bersara dan kini menjadi seorang pemain video game profesional. Beliau juga mengatakan pendapatannya bermain game lebih tinggi berbanding bayarannya sebagai seorang pemain bola kebangsaan. Dah la hebat di atas padang, terjun dalam bidang game pun boleh jadi pemain profesional.

Kalau nak diikutkan memang ramai lagi pemain bola sepak terkenal yang gemar bermain permainan video apabila mereka tidak berada di padang. Anda juga boleh kongsikan dengan kami mengenai pemain bola lain yang gila game juga di ruang komen.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: bola sepakGamePCplaystationxbox
Previous Post

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba- The Hinokami Chronicles akan dilancarkan 14 Oktober di Jepun!

Next Post

Tekken X Street Fighter dibatalkan secara rasmi!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Interviu Civilization: Eras & Allies – Produser Cliff Lance Menjelaskan Permulaan Era Baharu 4X
Temuramah

Interviu Civilization: Eras & Allies – Produser Cliff Lance Menjelaskan Permulaan Era Baharu 4X

June 9, 2025
ROG Xbox Ally & Xbox Ally X – Revolusi Baru Dalam Segmen Handheld Gaming!
Teknologi

ROG Xbox Ally & Xbox Ally X – Revolusi Baru Dalam Segmen Handheld Gaming!

June 9, 2025
Reviu How to Train Your Dragon (2025) – Naga Terbang Dari Animasi ke Realiti!
Review

Reviu How to Train Your Dragon (2025) – Naga Terbang Dari Animasi ke Realiti!

Next Post
Tekken X Street Fighter dibatalkan secara rasmi!

Tekken X Street Fighter dibatalkan secara rasmi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd