Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Pandangan Pertama] Ragnarok X: Next Generation grafik lebih moden dengan gameplay makin canggih

Pra-pendaftaran kini dibuka di laman web rasmi Ragnarok X: Next Generation!

Amir Haziq by Amir Haziq
June 21, 2021
in Android, ARPG, Artikel, Berita, Game Review, Gatcha, Genre, iOS, MMO, Mobile, Pandangan Pertama, Platform, Review
0 0
0
[Pandangan Pertama] Ragnarok X: Next Generation grafik lebih moden dengan gameplay makin canggih
Share on FacebookShare on Twitter

Ragnarok X: Next Generation atau lebih mudah disebut sebagai ROX, merupakan game mobile MMORPG free-to-play yang dibangunkan oleh Nuverse, dan mendapat hak perlesenan dari Gravity Co. Game ini akan tersedia untuk platform Android dan iOS, serta bakal dilancarkan ke 9 buah negara Asia Tenggara, seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina selepas ujian beta rasmi pada 18 Jun 2021 selesai.

Baru-baru ini, Nuverse telah menjalankan ujian beta untuk ROX, dan saya telah berpeluang untuk menyertai dan merasai sendiri gameplay ROX serta melihat apa yang menarik tentangnya. Jadi tanpa berlengah lagi, jom baca ulasan saya mengenai pandangan pertama bermain Ragnarok X: Next Generation!

Mengekalkan konsep asal 

ROX masih lagi mengekalkan konsep asal game Ragnarok, walaupun telah dibawa ke versi moden kerana jika anda pernah bermain Ragnarok Online (RO) sebelum ini, anda boleh lihat mereka masih mengekalkan ciri seperti Class, monster dan item gacha dalam game. Malah, karakter dalam ROX juga masih mengekalkan konsep kartun watak pemain dan NPC yang comel serta suasana yang tidak banyak berubah seperti game RO sebelum ini.

UI lebih selesa

Control dalam ROX sangat mesra pengguna kerana kawalan joystick diposisikan selaras dengan paparan skrin mobile dan mudah untuk dikawal. Walaupun susunan dan warna UI agak terlalu padat dan kurang kemas, tetapi ia memudahkan pengguna untuk mencari informasi serta tidak mengganggu kawalan semasa bermain. Elemen UI juga boleh di set mengikut keperluan pemain, dan UI yang tidak digunakan boleh disorok supaya ianya tidak nampak terlalu sesak di skrin.

Gameplay makin moden

Ragnarok X: Next Generation masih lagi menggunakan sistem kelas watak bagi memberi pemain memilih peranan mereka sepanjang bermain game ini. Terdapat enam jenis kelas yang boleh dipilih iaitu:

 

1 of 6
- +
  • Swordsman – Mempunyai stats offense dan defense yang seimbang, serta boleh dijadikan sebagai tanker jika bermain dalam pasukan.
  • Acolyte – Mempunyai skil untuk menyembuhkan kesihatan dan meningkatan kemampuan ahli pasukannya. Pemain yang bermain sebagai Acolyte boleh membawa peranan sebagai sokongan.
  • Mage – Mempunyai skil yang mampu menghasilkan damage AOE dari jarak jauh dan boleh menghancurkan segerombolan musuh dengan mudah.
  • Thief – Mampu menghasilkan serangan damage yang kuat pada musuh dan sesuai untuk digunakan semasa kombat PvP.
  • Archer – Mampu menyerang musuh dengan anak panahnya dari jarak jauh dan boleh memasang perangkap semasa bermain dalam pasukan.
  • Merchant – Kemampuan serangannya bergantung pada Card dan Zenny Skill.

Sistem ROX membolehkan pemain untuk mencuba pelbagai kelas sebelum memilih peranan yang sesuai dengan gameplay mereka. Malah, setiap kelas telah dibina dengan peranan yang unik untuk melakukan farming ketika pemain AFK dan semasa PvP.

ROX mempunyai gameplay pertempuran yang memerlukan pemain memiliki skil, kedudukan, dan kerjasama dengan pemain lain. Antara yang boleh saya tekankan disini adalah, ketika anda menentang Boss, pemain perlu mempunyai skil atribut anti-injury yang berbeza, dan perlu bekerjasama dengan pemain lain dalam usaha untuk menewaskan Boss itu. Malah, dengan bantuan kerjasama rakan sepasukan, anda boleh menyelesaikan tugas atau quest dengan lebih mudah, kerana mereka akan membantu dalam menghasilkan damage serta menggunakan kemahiran kelas watak yang berbeza.

Semasa melakukan quest di Dungeon, anda perlu bekerjasama dengan pemain dari kelas lain untuk mengalahkan Boss supaya boleh mendapatkan loot istimewa. Suasana gameplay MMORPG boleh dirasai apabila anda bekerjasama dengan pemain lain ketika melakukan quest yang lebih sukar. Jadi disebabkan itu ROX boleh dikatakan sebagai game MMORPG yang sangat unik dalam pasaran permainan video.

Dari segi sistem pertempuran pula, ROX membolehkan pemain menyertai pertempuran mengikut gerakan monster, seperti mengelilingi dan berlari sambil melakukan serangan. Sistem ini juga memberi anda level kesukaran yang berbeza semasa bertempur dengan Boss, dan ianya boleh dikatakan sebagai pengalaman gameplay yang membuatkan pemain tidak cepat jemu apabila bermain ROX setiap hari.

Sistem pertempuran ROX juga dilengkapi dengan rekaan pintar dimana anda tidak perlu risau jika rakan pasukan anda tewas, kerana ia akan ada sistem resurrection dalam game tidak lagi terbatas dan pemain boleh membawa consumable ketika bertarung. Ini membolehkan pemain yang berperanan sebagai tank mudah untuk fokus melakukan serangan di barisan hadapan dengan selamat, tanpa perlu bimbang keadaan ahli pasukannya yang lain.

Pelbagai aktiviti lain disediakan

Selain dari gameplay pertempuran, Ragnarok X: Next Generation juga terkenal dengan jalan cerita utama dan quest sampingan. Pemain boleh menyaksikan animasi jalan cerita yang membawa mereka ke dunia Ragnarok, dan quest sangat mudah untuk dilaksanakan kerana game ini mempunyai ciri autopath yang boleh anda ikut untuk menuju ke lokasi.

Apa yang menarik tentang ROX ini ialah, pemain tidak perlu menggunakan stamina untuk mendapatkan EXP dan loot semasa farming atau ketika grinding. Sebaliknya stamina digunakan untuk tugas di RO Life bagi melakukan enam tugas seperti fishing, mining, gardening, smelting, cooking, dan crafting untuk mendapatkan material.

Tambahan pula, terdapat juga elemen daily activity yang memberikan banyak ganjaran menarik apabila anda menyelesaikan 3 tugasan setiap hari. Antara aktiviti yang ada ialah, pemain boleh mengakses super vault dan menewaskan Golden Beef Bug bagi mendapatkan peralatan, card dan material.

Dalam elemen daily activity juga, anda boleh melakukan tugasan di Mission Board dan COC mission bagi mendapatkan EXP, Zeni, Odin’s Blessing, gacha coin, gacha card dan equipment. Semua ini boleh didapati dalam ROX dan mereka akan menerima 1500 crystal apabila berjaya mengumpul 100 point di daily activity.

Penutup

Secara keseluruhannya, Ragnarok X: Next Generation masih mengekalkan seni visual mereka yang cantik dan comel untuk para peminat game RO. Karakter dan NPC makin nampak menarik setelah rekaan mereka dimodenkan, sesuai dengan peredaran kemajuan game mobile yang lain.

Dari gameplay pula, pemain dapat merasai pengalaman seperti game RO kerana ia mempunyai peningkatan level yang seimbang dan tidak jemu untuk dimainkan setiap hari. Reka bentuk level, Boss, skil, kelancaran pertempuran dan konsep kerjasama antara pasukan yang dibangunkan oleh Nuverse, memberikan pengalaman pertempuran yang seronok untuk para pemain ROX. Malah, pelbagai aktiviti harian yang tersedia untuk pemain, memberikan mereka peluang untuk meningkatkan EXP dengan cepat serta memiliki peralatan dan aksesori menarik dalam game ini.

Sepanjang saya bermain Ragnarok X: Next Generation ini, saya merasakan ianya bukan sahaja tertumpu dalam memberikan IP baru buat pemain, tetapi juga telah memberikan peningkatan yang banyak dari segi sistem pertempuran untuk peminat RO. Bagi mereka yang berminat untuk mencuba game ini, anda boleh membuat pra-pendaftaran di laman web rasmi Ragnarok X: Next Generation.

Untuk memuat turun ROX di telefon pintar Android atau iOS, anda boleh tekan sahaja pada pautan yang disediakan. Jika ingin mengikuti perkembangan ini, anda boleh ikuti media sosial mereka seperti Youtube, Facebook dan Instagram.

Pra-daftar di sini
Ragnarok X: Next Generation
Publisher: Nuverse
Developer: Gravity Korea
Release Date TBC
Android, iOS
Dilesenkan secara rasmi oleh Gravity Korea, kesinambungan pada permainan mudah alih 3D MMORPG Ragnarok X: Next Generation bakal tiba dengan lebih banyak gameplay moden. Para pengembara boleh, mulakan ekspedisi generasi baru!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: mmorpgmobile gamePandangan PertamaRagnarok X: Next Genarationreview
Previous Post

Pemain Genshin Impact dari Cina terkantoi dengan MiHoYo dan disaman sebanyak RM321 ribu!

Next Post

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba- The Hinokami Chronicles akan dilancarkan 14 Oktober di Jepun!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Kunitsu-Gami: Path of the Goddess Raikan Anniversary Pertama dengan Update Percuma ‘Yashichi Waves’
Berita

Kunitsu-Gami: Path of the Goddess Raikan Anniversary Pertama dengan Update Percuma ‘Yashichi Waves’

June 27, 2025
Gameplay Baharu PRAGMATA – Hack Musuh Untuk Menyerang!
Berita

Gameplay Baharu PRAGMATA – Hack Musuh Untuk Menyerang!

June 27, 2025
Resident Evil Requiem Kongsi Info Baharu Melalui Developer Diary – Watak Utama, Cerita & Visual
Berita

Resident Evil Requiem Kongsi Info Baharu Melalui Developer Diary – Watak Utama, Cerita & Visual

June 27, 2025
Next Post
Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba- The Hinokami Chronicles akan dilancarkan 14 Oktober di Jepun!

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba- The Hinokami Chronicles akan dilancarkan 14 Oktober di Jepun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd