Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Unboxing PlayStation 5 DualSense: Mari usya versi Cosmic Red & Midnight Black!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 14, 2021
in Artikel, Berita, PS5, Review, Unboxing
0 0
0
Unboxing PlayStation 5 DualSense: Mari usya versi Cosmic Red & Midnight Black!
Share on FacebookShare on Twitter

Saya tahu reka bentuk PS5 telah mengejutkan ramai peminat ketika Sony melancarkan konsol generasi terbaru ini. Selain daripada kecanggihan perkakasan, satu perubahan besar yang dibuat adalah dengan membuang warna hitam tradisional. Sony memperkenalkan skema warna putih, tetapi bagi mereka yang ingin mencari warna lain, kini alat kawalan DualSense boleh didapati dalam dua warna baru: Midnight Black dan Cosmic Red. Inilah unboxing kami untuk warna baru DualSense – Midnight Black dan Cosmic Red!

Berikut adalah gambar yang diambil dan perbezaan antara setiap warna DualSense:

 

1 of 3
- +

DualSense Midnight Black adalah rupa yang ikonik bagi pemain yang setia dengan PlayStation, memandangkan skema warna ini sudah lama wujud sejak zaman PlayStation 2. Setiap bahagian DualSense Midnight Black termasuk butang aksi, D-Pad, Touchpad, analog stick, butang PlayStation, dan bahagian pembesar suara adalah sama seperti DualShock 4 di mana ia memberi reka bentuk hitam yang bersatu dan kemas.

Bagi mereka yang tidak beberapa suka skema dua tona DualSense dan ingin sedikit rasa nostalgia, ini adalah pilihan yang bagus. Walaupun ia lebih sukar untuk melihat debu di DualSense Midnight Black tetapi ini adalah tambahan yang bagus bagi barisan alat kawalan PlayStation. DualSense Midnight Black kini tersedia pada harga RM349.00.

 

1 of 4
- +

Selain itu, Cosmic Red pula menawarkan reka bentuk yang sama seperti DualSense asli, di mana warna merah menggantikan warna putih di seluruh badan DualSense. Pada masa yang sama, saya sedar bahawa warna merah ini tidak terang seperti yang ditunjukkan dalam gambar dan sangat berbeza dengan warna merah lain yang pernah digunakan oleh Sony, misalnya, PS4 edisi khas Marvel’s Spider-Man. Ia lebih gelap tetapi masih menarik perhatian bila diletakkan di sebelah DualSense lain. Anda kini boleh membeli DualSense Cosmic Red pada nilai harga RM369.00.

 

1 of 4
- +

Ini ialah dua warna pertama untuk DualSense yang dikeluarkan oleh PlayStation, dan walaupun PS5 masih “baru” lagi dalam pasaran, saya jangka kita akan melihat lebih banyak warna lagi dalam masa terdekat memandangkan Sony mengeluarkan pelbagai reka bentuk untuk DualShock 4 bagi meraikan PlayStation 4.

Tidak kira warna apa yang anda pilih untuk DualSense, saya berharap ia memenuhi citarasa peribadi anda. Alang-alang itu, anda juga boleh mencuba permainan eksklusif PS5 Ratchet & Clank: Rift Apart yang memanfaatkan setiap ciri DualSense. Pastikan anda membaca ulasan kami di SINI, dan untuk semua liputan lanjut tentang PS5, sila tekan pautan ini. Itu sahaja untuk unboxing DualSense Midnight Black dan Cosmic Red. Sehingga kita berjumpa lagi, selamat ber-gaming!

Tags: Cosmic RedDualSenseMidnight Blackplaystationps5reviewSonyulasanUnboxing
Previous Post

[E3 2021] Microsoft mendedahkan trailer rasmi The Outer Worlds 2 untuk Xbox Series X|S

Next Post

Roblox Gift Card kini boleh didapati di 7-Eleven Malaysia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Roblox Gift Card kini boleh didapati di 7-Eleven Malaysia!

Roblox Gift Card kini boleh didapati di 7-Eleven Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd