Cyberpunk 2077 mempunyai permulaan yang sangat bermasalah ketika pertama kali dilancarkan. Sejak itu, CD Projekt Red berusaha keras untuk memperbaiki semua masalah teknikal yang masih wujud dalam permainan. Kini, CD Projekt Red telah melantik pengarah permainan baru untuk betulkan masalah Cyberpunk 2077!
Pada masa lalu, Gabriel Amatangelo telah menghasilkan banyak expansion besar untuk permainan terkenal seperti Dragon Age: Inquisition dan Star Wars: The Old Republic. Memandangkan sebahagian besar masalah Cyberpunk 2077 melibatkan pembetulan teknikal dan langkah seterusnya adalah untuk sebuah DLC expansion, mereka boleh memanfaatkan ilmu Amatangelo yang berpengalaman bekerja dalam aspek expansion besar.
Walau apa pun, Cyberpunk 2077 masih belum cukup sempurna untuk di label “optimal” di semua platform. Sehingga sekarang, Cyberpunk 2077 masih “crash” secara konsisten di PS4, walaupun sudah menerapkan pelbagai kemas kini dan penambahbaikan baru.
Ramai dalam komuniti permainan merasakan bahawa permainan tidak akan pernah mencapai jangkaan yang diharapkan oleh peminat dahulu kala, tetapi mungkin kita cakap terlalu awal. Lebih baik kita beri peluang kepada pengarah baru ini dan lihat bagaimana dia betulkan keadaan Cyberpunk 2077.
Cyberpunk 2077 kini tersedia untuk PC, PS4, dan Xbox One. Versi PS5 dan Xbox Series X dijangka akan dilancarkan pada akhir tahun ini. Untuk segala liputan kami tentang permainan, sila tekan pautan ini.
Sumber – GamesIndustry.biz
@gamersantaimy
Discussion about this post