Walaupun persaingannya agak sengit, Days Gone PC mempunyai penjualan yang sangat baik pada minggu pertamanya di pelantar Steam. Sebenarnya, bekas eksklusif PS4 ini berjaya menduduki tempat teratas dalam senarai Steam Top Seller pada minggu lalu, dan berjaya mengalahkan salah satu permainan yang paling dinantikan pada masa ini iaitu Mass Effect: Legendary Edition.
Steam top sellers for the week ending May 23. Ordered by revenue ($):
1. Days Gone
2. Mass Effect Remaster
3. Biomutant (Pre-Order)
4. Resident Evil Village
5. Subnautica: Below Zero
6. Red Dead Redemption 2
7. Valve Index VR
8. The Witcher 3
9. It Takes Two
10. Cyberpunk 2077 pic.twitter.com/Q6Au4SVHFe— Daniel Ahmad (@ZhugeEX) May 23, 2021
Penganalisis Daniel Ahmad mengumumkan berita ini di akaun Twitter-nya pada hari Ahad kelmarin. Walaupun ada beberapa masalah teknikal, dan tidak mempunyai ciri-ciri permainan yang biasa dimiliki permainan PC canggih, Daniel Ahmad mengatakan permainan ini mempunyai prestasi yang stabil. Ciri-ciri tersebut termasuk tidak mempunyai ray-tracing atau sokongan DLSS. Nampaknya, pemain tidak kisah tentang ciri-ciri tersebut, kerana banyak salinan yang terjual sehingga Mass Effect: Legendary Edition jatuh ke tempat ke-2.
Mass Effect: Legendary Edition pula adalah remaster kepada trilogi asal, tetapi ia bukan sahaja meningkatkan grafik. BioWare mengatakan bahawa mereka juga telah mengubah beberapa ciri sistem pertempuran untuk menjadikan gaya lebih sesuai dengan apa yang biasa digunakan pengguna pada konsol semasa.
Mengapa Days Gone sangat popular? Sebab paling besar adalah ia merupakan bekas eksklusif PS4 yang baru sahaja membuat kemunculan pertamanya di PC. Untuk pemain yang tidak memiliki konsol Sony, anda boleh mula bermain game zombie ini buat pertama kalinya.
Selain itu, terdapat satu lagi penambahan baru untuk 5 permainan terlaris di Steam pada minggu lalu. Walaupun beberapa masalah prestasi dilaporkan untuk versi Biomutant di PS4, pra-pesanan untuk versi PC berjaya menduduki tempat ketiga dalam senarai Steam. Harap maklum bahawa projek terbaru THQ Nordic ini akan dilancarkan pada hujung minggu ini.
Days Gone kini boleh didapati di PS4 dan PC. Untuk baca ulasan penuh saya, sila tekan di sini. Untuk segala liputan kami tentang Days Gone, sila tekan pautan ini.
Sumber – Daniel Ahmad

@gamersantaimy
Discussion about this post