Setelah berhempas pulas hujung minggu lalu, 16 pasukan bertanding dalam Kejuaraan PUBG Mobile Pro League Asia Tenggara musim ketiga (PMPL SEA S3) dari 21 hingga 23 Mei. Walaupun tiada rezeki buat pasukan Malaysia ke peringkat seterusnya kali ini, tahniah kepada pasukan dari negara jiran The Infinity yang mendapat kemenangan dalam PMPL SEA S3. Selain gelaran juara, mereka juga telah membawa pulang $32,000 (RM132 ribu)!
Pasukan ini semua bermain sebanyak 18 perlawanan sepanjang tiga hari (enam permainan sehari) untuk menentukan pemenang yang membawa pulang $32,000. Selain itu, dua pasukan teratas akan layak ke musim keempat Kejuaraan PMPL SEA lewat tahun ini
The Infinity adalah pasukan dari Thailand yang diwakili NEaR, Logan, MELA, GodTunny dan nOOzy telah berjaya mengumpul mata keseluruhan 239 dan 4 Chicken Dinner dalam kesemua perlawanan. Bukan itu sahaja, nOOZY ternyata merupakan TOP FRAGGER dan Final MVP dengan hampir 10,000 damage dan 56 kill! Dia juga telah membawa pulang $6,000 (RM24 ribu) atas kemenangan Juara MVP keseluruhan.
Tempat kedua pula dimenangi pasukan EVOS REBORN dari Indonesia, diwakili Microboy (yang dahulu pemain BTR), RedFace, Auro, KF dan Lyzerg membawa pulang $21,000 (RM86,000) dengan mata keseluruhan 189 dan 2 Chicken Dinner. Dan tempat ketiga dimenangi Infinity IQ dari Vietnam! Siapa sangka pasukan Vietnam berjaya sejauh ini! Diwakili Porche, LOKI, Ferrarriiii dan Lannborghini membawa pulang $16,500 (RM68 ribu) dengan mata keseluruhan 170 dan 3 Chicken Dinner.
Malangnya pada musim ini tiada kesempatan buat pasukan Malaysia untuk ke peringkat seterusnya. Tiga pasukan Malaysia diwakili Geek Fam (Damrud, QB, Snipes, Sane dan Miracle), RSG (Badman, Vokey, Chillrex, Smallboy dan Kim) yang juga memenangi PMPL MYSG Grand Final, juga Dingoz MPX (R1th, Appy, Eypu1 dan Ironpro). Walaubagaimanapun ketiga-tiga pasukan dari Malaysia telah mencuba yang terbaik dalam kejuaraan ini. Tahniah pasukan Malaysia kerana telah bermain dengan baik.
Jadi nantikan PMPL SEA CHAMPIONSHIP dan teruskan sokong pasukan Asia Tenggara kita The Infinity dan EVOS REBORN bertempur untuk kejuaraan tersebut! Kami akan terus mengongsikan bila akan bermula kejuaraan tersebut, untuk sekarang jangan lupa untuk daftar PMNC 2021 okay!

@gamersantaimy
Discussion about this post