Baru sahaja diumumkan, Ni no Kuni II: Revenant Kingdom PRINCE’s EDITION, yang dikembangkan oleh LEVEL-5 dengan menampilkan reka bentuk baru karakter dari artis legenda Yoshiyuki Momose dan muzik game di komposisi oleh Joe Hisaishi. Game terbaru ini bakal dilancarkan untuk platform Nintendo Switch bermula 17 September 2021 nanti.
Ni no Kuni II akan membawa pemain mengikuti kisah Evan Pettwhisker Tildrum, seorang kanak-kanak kehilangan takhta untuk kerajaan Ding Dong Dell yang dijanjikan. Beliau kemudiannya membawa diri untuk mendirikan sebuah kerajaan baru sendiri, bagi menyatukan dunia dengan kebahagiaan dan kebebasan melalui bantuan rakan-rakan yang ditemuinya sepanjang perjalanan.
Selain game standard, PRINCE’S EDITION juga mengandungi DLC seperti berikut:
- Adventure Pack dengan outfit baru dan beberapa item bersama dengan Faraway Forest Cave dungeon rawak serta ancaman baru untuk kerajaan Evan.
- The Lair of the Lost Lord dimana Evan akan menuju ke quest luar biasa di dunia baru. Item dan kelengkapan baru serta dungeon, Labyrinth disekalikan dalam DLC.
The Tales of a Timeless Tone dimana Evan bermimpi berjumpa dengan lelaki berkepala arnab yang menggelarkan dirinya sebagai “Conductor“. Pemain akan menerokai mimpi Evan dan mencari matlamatnya disini. Kandungan baru juga akan dimasukkan bersama dengan Solosseum Slog dungeon.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Ni no Kuni II: Revenant Kingdom PRINCE’S EDITION dan game lain dari Bandai Namco, anda boleh layari laman rasmi, Facebook dan Twitter mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post