Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Replika Light Up Omni-Blade Mass Effect berharga RM246! Pra-pesan sekarang!

Amir Haziq by Amir Haziq
May 4, 2021
in Artikel, Berita, Figura/barang koleksi, Produk
0 0
0
Replika Light Up Omni-Blade Mass Effect berharga RM246! Pra-pesan sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat Mass Effect mesti sedang teruja untuk pelancaran Mass Effect Legendary Edition yang akan hadir 14 Mei ini. Bukan sahaja peminatnya, pembangun BioWare juga sangat teruja untuk kehadiran permainan Trilogy Remaster tersebut. BioWare hari ini telah mengumumkan Gear Store Passion Project mereka akan membawa semula pedang ikonik Mass Effect, iaitu Omni-Blade.

BioWare akan menghasilkan semula replika pedang Omni-Blade dengan penambahan kesan LED bagi menampakkan senjata sci-fi legenda ini lebih nyata. Replika pedang tersebut mempunyai ukuran sebenar 1:1 yang boleh dipakai atau dijadikan sebagai koleksi pameran. Replika Mass Effect Light Up Omni-Blade akan dijual pada harga $59.99 (anggaran RM246.71) dan hanya akan dihasilkan sekiranya pesanan pedang tersebut mencecah 3 ribu pra-pesan.

Peminat Mass Effect telah lama mengharapkan BioWare untuk mengeluarkan semula replika Omni-Blade yang boleh dipakai. Pedang ini merupakan replika pertama dari Gear Store Passion Project dan telah dibuat untuk dijadikan sebagai koleksi hobi bagi peminat siri permainan tersebut. Bioware juga menyatakan kempen pra-pesan ini bermula pada 2 Mei dan berakhir 2 Jun 2021.

Di samping itu, replika pedang ini berdasarkan keluaran replika Omni-Blade tahun 2017. Walaupun terdapat penambahan kesan lampu LED pada pedang tersebut, tetapi peminat boleh mendapatkannya pada harga runcit yang sama seperti replika sebelum ini. Pedang ini dikuasakan oleh 3 bateri AAA dan boleh disesuaikan dengan kostum Commander Shepard atau Pathfinder Ryder.

Sekiranya tidak digunakan, anda boleh meletakkannya pada display stand pedang Omni-Blade bagi memastikan ianya selamat dan terjaga. Pedang ini juga akan kelihatan lebih menonjol berbanding koleksi lain kerana ia boleh menghasilkan pencahayaan walaupun dalam gelap dan memberikan suasana Mass Effect di bilik tersebut. Disebabkan pedang ini dibuat dari bahan lutsinar, cahaya yang dihasilkan menjadikannya kelihatan hologram seperti dalam permainan.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang Light Up Omni Blade Replica, anda boleh layari laman BioWare Gear. Buat masa ini, lebih 1800 pra-pesanan pedang Omni-Blade telah dibuat dan kempen ini hanya berlangsung selama sebulan sahaja! Jadi, tidak mustahil untuk Gear Store Passion Project mencapai target jualan mereka sebelum kempen ini tamat.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: biowareGear Store Passion ProjectMass EffectOmni Blade
Previous Post

MLBB dan McDelivery berkolaborasi memberikan “Meal” epik kepada peminat MPL Malaysia!

Next Post

Review MLB The Show 21: Pengalaman bermain sukan besbol di konsol next-gen!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Review MLB The Show 21: Pengalaman bermain sukan besbol di konsol next-gen!

Review MLB The Show 21: Pengalaman bermain sukan besbol di konsol next-gen!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd