Jika anda semua dengar nama Diablo, sudah semesti ramai peminat tahu dari mana ia datang jika tidak lain tidak bukan permainan hack-and-slash yang penuh kegelapan oleh Blizzard Entertainment kan? Tetapi nampaknya baru-baru ini nama Diablo turut diberi kepada watak animasi yang dijadualkan hadir hujung bulan ini, sehingga mencetuskan pergaduhan di U.S. Patent dan Trademark Office di antara Blizzard Entertainment dan Fox Media!
Blizzard telah mengajukan penentangan terhadap permohonan Fox Media untuk tanda dagangan pada perkataan “Diablo”, dengan alasan, seperti yang anda jangkakan, bahawa ia memegang tanda dagangan untuk jangka masa yang lama kini, dan bahawa produk yang mempunyai tanda “telah menikmati kejayaan komersial yang luar biasa, memenangi pelbagai industri anugerah, dan telah menjadi perhatian media yang besar dan tidak diminta.”
Penentangan datang secara khusus sebagai tindak balas terhadap dua pemfailan untuk Fox menggunakan nama Diablo seperti makanan haiwan peliharaan dan barangan seperti berus, air minuman dan sebagainya. Blizzard menyatakan pemfailan Fox adalah untuk “barang dagangan yang berkaitan dengan siri televisyen atau harta hiburan lain,” yang akan menjadi siri animasi akan datang “Housebroken“ di Fox. Siri ini adalah mengenai sekumpulan haiwan peliharaan kejiranan dan haiwan liar yang berkongsi pemikiran dan perjuangan mereka dalam sesi terapi kumpulan, termasuk seekor anjing bernama…. Yayaya~ Diablo.
I'm not upset about getting to meet Diablo. 😊#HouseBroken premieres May 31! #AniDomMonday pic.twitter.com/QeUi9ks4lN
— HouseBrokenFOX (@HouseBrokenFOX) April 22, 2021
Blizzard jelas mempunyai tuntutan yang sah pada tanda dagang, jadi apa yang dipersoalkan adakah cukup atau terlalu banyak persamaan antara pegangannya dan apa yang diajukan oleh Fox. Pemfailan Diablo-nya mungkin tampak sangat aneh, tetapi Blizzard telah menggunakan istilah ini dengan sangat luas, “termasuk peralatan minum, alat pemotong minuman, pembuka botol, beg tali serut, patung, statue, buku, dan jurnal,” menurut pemfailan itu.
Buat masa sekarang, Fox Media telah pun tahu mengenai penentangan Blizzard ini dan mempunyai 40 hari bermula 26 April untuk memberi pembalasan. Fox Media ini pun satu hal, dah tahu nama komersial Diablo dah sememangnya popular, dengan baru-baru ini pendedahan Diablo Immortal, juga Diablo II: Resurrected yang akan datang. Fox Media sememangnya popular dengan beberapa siri animasi yang ditayangkan di siarannya seperti The Simpson, Futurama dan banyak lagi. Jadi apa jawapan Fox? Kita nantikan kenyataan rasmi pembalasannya kelak ok!
Sumber: PCGamesN.
@gamersantaimy
Discussion about this post