Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Five Nights At Freddy’s: Security Breach ditangguhkan & memberi sebuah game Percuma pada peminat!

Bagus pihak pemaju yang macam ni kan!

Nyny.A by Nyny.A
April 30, 2021
in Artikel, Berita, Drama, Genre, PC, PS4, PS5
0 0
0
Five Nights At Freddy’s: Security Breach ditangguhkan & memberi sebuah game Percuma pada peminat!
Share on FacebookShare on Twitter

Five Nights At Freddy’s: Security Breach akan menyembunyikan rahsia yang penuh dengan neon lebih lama daripada yang dijangkakan pada awalnya. Ya, seperti yang dikongsikan pencipta siri Scott Cawthon di Reddit, beliau mengesahkan Five Nights At Freddy’s: Security Breach ditangguhkan dan yang terbaru permainan akan dibawa ke “akhir 2021.”

Permainan ini yang terakhir dikongsikan semasa acara PlayStation pada 25 Februari State of Play. Pada asalnya dijadualkan untuk dilancarkan pada akhir 2020, tetapi pandemik COVID-19 memaksa permainan ini ditangguhkan sehingga tahun 2021. Nampaknya peminat haruslah menerima Five Nights At Freddy’s: Security Breach ditangguhkan.

“Seperti yang anda semua ketahui, Security Breach pada awalnya dirancang untuk keluar pada akhir tahun 2020, tetapi ketika kami terus berusaha dan terus menambahkannya, ia terus bertambah besar dan lebih besar serta memerlukan lebih banyak masa untuk menyelesaikannya. Dan sekarang, sekali lagi, saya telah membuat keputusan memasukkan lebih banyak masa dan wang ke dalamnya untuk memastikannya ia selesai dengan betul, dan itu bermaksud pelepasan akhir 2021 dan bukannya pelepasan awal 2021 seperti yang saya mahukan pada awalnya. Ia pasti akan berbaloi!” perkongsian Scott di Reddit

Walaupun berita ini agak menyedihkan ramai peminat siri Five Night at Freddy’s, ia bukanlah berita yang terus menerus membuat anda sedih, kerana Scott menyatakan mereka melepaskan terus permainan Security Breach: Fury’s Rage, permainan Streets of Rage retro-beat-em-up yang nampaknya menjadi percuma untuk dimuat turun dan dimainkan! Muat turun di sini. “Saya tidak mahu anda semua berlalu dengan tangan kosong,” jelas Scott, “jadi saya membuat sesuatu untuk komuniti.” Jadi untuk memuat turun Security Breach: Fury’s Rage, anda memerlukan memori dalam anggaran 268MB sahaja.

Security Breach adalah yang terbaru dalam siri Five Nights at Freddy. Bermula pada tahun 2014 dan mendapat kepopulariti di internet kerana permainannya yang berfokus pada seram mengejutkan. Pelepasan terbaru adalah Help Wanted 2019 – permainan realiti maya pertama francais – sementara permainan Special Delivery FNAF mudah alih pertama dikeluarkan pada tahun yang sama.

Jadi kita harus menanti penangguhan FNAF Security Breach seperti Back 4 Blood, Kemaskini 4.0 Watch Dogs: Legion, Gotham Knights serta beberapa permainan lagi yang turut ditunda oleh kerana alasan yang sama. Tetapi jangan risau, untuk permainan kegemaran seperti ini, pasti ramai peminat yang memahami dan akanmengikuti perkembangan semasa. Terima kasih Scottgames, Steel Wool Games untuk game percuma Security Breach: Fury’s Rage!

Sumber: Reddit

Five Nights At Freddy's: Security Breach
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Steam
Kita akan bermain sebagai seorang kanak-kanak bernama Gregory, yang menyelinap dalam pusat membeli-belah besar melalui perspektif first-person. Kita sebagai pemain meneroka beberapa bahagian yang menyeramkan, termasuk arena laser tag, bilik permainan yang dipenuhi bola, dan sebuah plaza, yang masing-masing mempunyai musuh animatronik sendiri.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Five Nights at Freddy's: Security BreachFive Nights At Freddy's: Security Breach tangguhFNAF Security BreachredditScott CawthonScottgamesSecurity Breach: Fury's RageSteel Wool Games
Previous Post

Naruto to Boruto: Shinobi Striker Lite diumumkan bersama Season Pass 4!

Next Post

Genshin Impact melancarkan “peta interaktif Teyvat” untuk memudahkan perjalanan pemain!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Genshin Impact melancarkan “peta interaktif Teyvat” untuk memudahkan perjalanan pemain!

Genshin Impact melancarkan "peta interaktif Teyvat" untuk memudahkan perjalanan pemain!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd