Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kemaskini 4.0 Watch Dogs: Legion ditunda ke 4 Mei!

Amir Haziq by Amir Haziq
April 27, 2021
in Artikel, Berita, Genre, PC, Platform, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Kemaskini 4.0 Watch Dogs: Legion ditunda ke 4 Mei!
Share on FacebookShare on Twitter

Watch Dogs: Legion bakal menerima kemaskini 4.0 yang sepatutnya dirancang akan tersedia untuk pemain mereka bermula minggu ini. Namun, hari ini Ubisoft telah mengumumkan bahawa kemaskini tersebut terpaksa ditunda kerana beberapa masalah, dan akan dilancarkan tidak lama dari tarikh asal. Tetapi sebagai peminat permainan tersebut, mungkin ini hanyalah perkara biasa yang dihadapi sepanjang bermain Watch Dogs: Legion.

An update regarding TU 4.0 from the Watch Dogs: Legion team: pic.twitter.com/1eBhDZORFn

— Watch Dogs: Legion (@watchdogsgame) April 26, 2021

Ubisoft telah berkongsikan pengumuman tersebut di Twitter rasmi mereka. Pengumuman itu menyatakan kemaskini 4.0 untuk Watch Dogs: Legion yang sepatutnya diterima minggu ini, telah ditangguhkan ke 4 Mei. Penangguhan ini dibuat kerana mereka telah menemui beberapa bug semasa melakukan beberapa kandungan akan datang dan perlu diperbaiki segera. Ubisoft ingin memberikan pemain kemaskini yang berkualiti, jadi mereka terpaksa menundanya pada minggu hadapan bagi memastikan ianya dilepaskan dengan lancar.

Ini adalah kemaskini besar pertama untuk Watch Dogs: Legion pada tahun 2021. Ubisoft telah menambahkan watak baru, iaitu Mina Sidhu yang mempunyai kemampuan genetik telah diubah dan mempunyai jalan ceritanya sendiri. Kemaskini ini juga akan menyediakan beberapa tambahan baru Watch Dogs: Legion Online, seperti Assignments, Co-op Missions, NPC untuk direkrut dan beberapa pilihan penyesuaian watak.

Masalah kelewatan kemaskini bukanlah perkara yang baru untuk pemain Watch Dogs: Legion. Sebelum ini, mereka juga menghadapi masalah yang sama, contohnya seperti mod online. Walaupun ciri ini telah tersedia di permainan, tetapi Ubisoft telah menundanya beberapa kali sebelum ianya tiba pada bulan lepas.

Nasib baiklah kemaskini 4.0 di Watch Dogs: Legion ditunda tidak terlalu lama dari tarikh sepatutnya. Mungkin ada pemain yang terlalu teruja untuk bermain kandungan baru dalam minggu ini, tetapi rasanya pemain tidak akan marah kerana kelewatan tersebut hanya seminggu sahaja. Ini semua untuk kebaikan semua pemain juga kan?

Watch Dogs: Legion kini tersedia dimainkan di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X dan PC. Untuk mengikuti segala liputan kami mengenai permainan, anda boleh menekan pautan ini.

Muat turun di sini
Watch Dogs: Legion
Publisher: Ubisoft
Developer: Ubisoft
Release Date: 2020-10-29
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Watch Dogs: Legion adalah permainan pengembaraan aksi yang akan datang, yang dikembangkan oleh Ubisoft Toronto dan diterbitkan oleh Ubisoft. Ini adalah ansuran ketiga dalam siri Watch Dogs, dan sekuel Watch Dogs 2.
Tags: mod online Watch Dogs: LegionubisoftWatch Dogs Legion
Previous Post

Beraksi dalam dunia salji, Scavengers melancarkan Akses Awal di PC minggu ini!

Next Post

Geek Fam Malaysia dan Geek Fam Indonesia layak ke PMPL SEA Musim ketiga!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan
Mobile

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan

July 20, 2026
Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan
Berita

Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan

July 20, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
Next Post
Geek Fam Malaysia dan Geek Fam Indonesia layak ke PMPL SEA Musim ketiga!

Geek Fam Malaysia dan Geek Fam Indonesia layak ke PMPL SEA Musim ketiga!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd