Buat masa sekarang, tiga game baru sedang percuma di Epic Games Store iaitu; Deponia: The Complete Adventure, Ken Follet’s The Pillars of the Earth, dan The First Tree, sehingga 22 April. Namun, bukan itu sahaja. Epic Games juga mengumumkan dua lagi game pada minggu depan. Bermula 22 April, Alien Isolation dan Hand of Fate 2 akan menggantikan senarai game percuma.
Alien Isolation
Bagi anda yang tidak pernah bermain Alien Isolation, ianya adalah permainan first-person-survival-horror yang diadaptasi dari klasik sci-fi Ridley Scott dan dilancarkan pada tahun 2014. Alien Isolation mengisahkan Amanda Ripley, yang menyiasat kehilangan ibunya, Ellen Ripley ketika menaiki stesen angkasa Sevastopol.
Seperti yang diharapkan di adaptasi francais ini, pemain perlu menyelamatkan diri dari ancaman Xenomorph dengan bersembunyi dalam lubang, dan menyiasat pergerakan pemain. Permainan ini terkenal semasa dilancarkan kerana AI yang tidak dapat diramalkan, antagonis utama menakutkan, dan konsep yang tidak lari dari sumber asal.
Hand of Fate 2
Manakala Hand of Fate 2, permainan ini merupakan dungeon-crawling RPG yang mempunyai kelainan. Pengembaraan pemain ditentukan oleh sebungkus kad dipegang oleh peniaga misteri, yang mengandungi musuh serta ganjaran, hasil dari pilihan kad yang ditarik. Hand of Fate 2 mendapat banyak ulasan yang bagus semasa dilancarkan, dan pengkritik memberi pujian kerana keunikan permainan dan replayability yang dihasilkan.
Walaupun mungkin ramai yang telah mendapatkan Alien Isolation ketika ia percuma semasa promosi Free Games Christmas di Epic Games Store, kedua-duanya merupakan permainan yang menarik untuk dimasukkan dalam senarai.
Anda juga boleh mendapatkan permainan lain seperti Deponia bergenre adventure click and point yang lucu, Ken Follet’s The Pillars of Earth dari novel ikonik, dan The First Tree memfokuskan pada cerita mengenai musang mencari keluarganya. Ketiga-tiga permainan ini tersedia sekarang dan boleh didapatkan secara percuma dengan membuat akaun di Epic Games Store.
@gamersantaimy
Discussion about this post