Francais Resident Evil hari ini mengadakan Resident Evil Showcase bagi menyambut ulang tahun ke-25 mereka dan ditayangkan secara langsung di Youtube. Showcase ini juga bertujuan untuk berkongsi mengenai kedatangan Resident Evil: Village dan beberapa kejutan baru yang dibuat untuk para peminat francais.
Trailer baru bagi Resident Evil: Village
Semasa Resident Evil Showcase berlangsung, mereka telah berkongsi sebuah trailer baru untuk Resident Evil: Village yang menampilkan Lady Dimitrescu. Penerbit bagi permainan ini, Tsuyoshi Kanda mengumumkan Resident Evil: Village akan tersedia untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X, Xbox One, PC di Steam dan Stadia pada 7 May ini. Malah, beliau juga turut mengumumkan tentang kehadiran demo experience yang dibuka selama 8 jam untuk pemain merasai pengalaman Resident Evil: Village selama 30 minit, dan boleh di pra-muat turun oleh pengguna PS5 dan PS4 bermula hari ini.
Gameplay terbaru: The Mercenaries
Di showcase ini juga, Morimaso Sato, selaku pengarah bagi Resident Evil: Village telah berkongsi mengenai sebuah gameplay baru yang dikenali sebagai The Mercenaries. Mod baru ini memberikan pemain merasai pengalaman bermain arked dengan fast-paced bagi menyelesaikan misi mengikut masa yang ditentukan.
Di dalam The Mercenaries ini juga terdapat Shop dimana pemain boleh membeli atau menaiktaraf senjata, mengubah suai senjata dan meningkatkan Ability pemain seperti menaikkan kelajuan pergerakan, menambah damage senjata serta menguatkan ketahanan untuk melepasi setiap peringkat. Mod bonus yang penuh dengan aksi ini pastinya memberikan pemain lebih banyak kejutan serta pelbagai ganjaran istimewa. Berita baik juga buat pembeli Resident Evil: Village, anda akan mendapat Resident Evil Re: Verse secara percuma.
Trailer teaser untuk Resident Evil Infinite Darkness di Netflix
https://www.youtube.com/watch?v=lp477ZhyrXg
Selain itu, Resident Evil Showcase turut berkongsi mengenai trailer baru Resident Evil Infinite Darkness yang akan ditayangkan di Netflix. Trailer ini memfokuskan Leon dan Claire dan menceritakan dua tahun selepas kejadian Resident Evil 4, dimana berlaku serangan zombie di White House.
Hiroyuki Kobayashi, selaku pengarah siri ini menyatakan beliau tidak mendedahkan watak lain dalam trailer tersebut dan mahukan penonton melihatnya sendiri semasa tayangan di Netflix pada Julai ini. Beliau juga turut mengumumkan mengenai filem reboot live-action Resident Evil telah siap melakukan penggambarannya dan pasukan mereka sedang menyiapkan CGI bagi setiap makhluk serta akan mengumumkan tarikh pelancarannya.
Resident Evil 4 VR menggunakan Quest 2
Sebuah kejutan telah dibuat semasa showcase ini berlangsung, Mike Verdu dari Facebook telah mengumumkan kerjasama Capcom, Oculus Studios dan Armature Studio akan membawa Resident Evil 4 hadir ke Quest 2. Projek ini memberikan pemain pengalaman Resident Evil menggunakan medium baru yang menakjubkan melalui first person perspective. Maklumat lanjut mengenai projek Resident Evil 4 VR ini boleh didapati semasa Oculus Gaming Showcase pada 21 April ini.
Showcase kali ini telah membuat pelbagai pengumuman menarik dan kejutan hebat untuk para peminat francais ini. Untuk mengikuti liputan mengenai permainan Resident Evil, anda boleh menekan pautan kami ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post