Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

#BoycottGenshinImpact kini trending di Twitter, penjelasan penuh!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 7, 2021
in Android, ARPG, Artikel, Berita, iOS, Mobile, PC, PS4, PS5
0 0
0
#BoycottGenshinImpact kini trending di Twitter, penjelasan penuh!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak dilancarkan pada tahun lepas, game ARPG Genshin Impact oleh miHoYo, telah meningkat dengan mendadak dalam popular. Walaupun ramai di seluruh dunia menikmati permainan ini, terdapat kontroversi dalam talian yang membuatkan Genshin Impact menjadi “trending” di Twitter. Dengan lebih dari 10,000 tweet, hashtag #boycottgenshinimpact dan beberapa yang lain termasuk #dobettermihoyo dan #boycottgenshin, memulakan kritikan terhadap cara Genshin Impact menggambarkan aspek kaum, dan isu-isu berbeza.

Walaupun ada pelbagai sebab mengapa hashtag #boycottgenshinimpact menjadi trending di Twitter, isu utamanya adalah cara Hillchurl digambarkan. Menurut pengguna Twitter @venluvr, Genshin Impact menggambarkan salah satu musuh utamanya, Hilichurl, sebagai orang asli Amerika atau orang asli stereotaip lain. Kontroversi lain termasuk bagaimana Genshin Impact mengutamakan watak berkulit putih, kewujudan NPC yang bersifat pedofilia, dan merahsiakan kandungan untuk mendapatkan lebih banyak wang.

https://twitter.com/venluvr/status/1379248857486331904

Dalam video di atas, ia menunjukkan seekor Hilichurl dalam pembangunan dengan video orang asli Amerika yang sedang menari di latar belakang. Dakwaan rasis pula berasal dari hanya dua watak permainan yang mempunyai kulit gelap. Watak Xinyan dipetik secara eksplisit, di mana ramai pemain memberitahu bahawa warna kulitnya dalam permainan lebih putih daripada visual di video atau trailer.

https://twitter.com/Sovereignnox/status/1379475458157383681

Kontroversi bahawa beberapa NPC dalam permainan bersifat pedofilia pula berasal dari satu watak dewasa yang menyatakan niat untuk berkahwin dengan Flora, seorang gadis muda yang merupakan pedagang dalam permainan. Seorang lagi NPC lain pun mengatakan dia adalah ketua untuk “fan club” bagi seorang watak yang juga kelihatan bawah umur.

https://twitter.com/Unkn0wn__Gh0st/status/1379323443196297217

Isu-isu ini menunjukkan ada banyak perkara penting yang  perlu ditangani oleh miHoYo dan rasanya ramai ingin melihat bagaimana pemaju tersebut bertindak balas terhadap tuduhan di atas. Untuk segala liputan kami tentang Genshin Impact, sila tekan di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: boycottgenshinimpactGenshin ImpactHilichurlisukontroversimiHoYoTrendingTwitter
Previous Post

PlayStation Studios Malaysia kini membuka studio sementara di Komune

Next Post

Tinggi dah 292 cm, saiz kaki “Lady Dimitrescu” Resident Evil Village pula didedahkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Tinggi dah 292 cm, saiz kaki “Lady Dimitrescu” Resident Evil Village pula didedahkan!

Tinggi dah 292 cm, saiz kaki "Lady Dimitrescu" Resident Evil Village pula didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd