Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bermain dengan ruang dan masa di Outriders bermula hari ini!

Amir Haziq by Amir Haziq
April 1, 2021
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Baru, Genre, PC, Platform, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Bermain dengan ruang dan masa di Outriders bermula hari ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Permainan Outriders telah dilancarkan bermula hari ini, tetapi pelepasannya agak berbeza dari permainan utama yang lain kerana ianya bergantung kepada platform dan lokasi pengguna. Pasukan Outriders menyatakan pelepasan masa yang unik ini memastikan pemain dapat menyokong permainan sekiranya timbul masalah pada hari pelancaran.

Bagi pengguna Xbox dan PlayStation, anda boleh memulakan permainan pada 12 tengah malam 1 April, kecuali Amerika Syarikat yang sudah bermula sejak 9 malam 31 Mac. Manakala bagi pemain PC dan Stadia pula sudah boleh mula bermain Outriders bermula 1 April juga. Jadi, sebahagian peminat telah mula bermain Outriders lebih awal berbanding yang lain, tetapi pastinya semua pemain dapat memulakan permainan bermula hari ini.

Selain itu, Microsoft memberi kejutan dengan mendedahkan Outriders akan didatangkan ke Game Pass. Menarik lagi, Square Enix dan Microsoft telah mengesahkan permainan ini telah dilancarkan sekali dengan perkhidmatan tersebut. Pelanggan Game Pass akan dapat memulakan permainan sebaik sahaja ia tersedia di platform Xbox. Tapi perlu diingatkan, tarikh pelepasan yang tepat bergantung pada platform dan lokasi yang anda mainkan Outriders melalui Game Pass.

Tambahan pula, kemajuan yang anda buat di demo Outriders akan diterapkan di permainan penuh. Demo ini terdiri dari bab pertama permainan, jadi apa saja kemajuan yang telah anda buat dalam bab tersebut akan hadir dalam permainan penuh termasuk level dan peralatan. Semestinya anda perlu memainkan Outriders pada profil yang sama anda gunakan semasa di demo, dan tidak dapat meneruskan kemajuan jika dari platform lain.

Saksikan trailer pelancaran bagi permainan Outriders. Jangan lepaskan peluang anda untuk menjadi yang terawal bermain permainan terhebat bagi tahun 2021. Dapatkan Outriders bermula hari ini di laman web mereka sekarang!

Outriders
Publisher: Square Enix
Release Date: 2021-04-01
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Outriders adalah penembak orang ketiga yang akan datang yang dikembangkan oleh People Can Fly dan diterbitkan oleh Square Enix. Ini akan dirilis pada 1 April 2021 untuk Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X / S. Ia juga akan dilancarkan di Stadia pada 2021.  
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: OutridersPCPS4ps5square enixxboxXbox Series
Previous Post

Streamer Popular xQc terpaksa tamat stream awal sebab lupa bayar Bil Elektrik!

Next Post

MSI melancarkan Summit E13 Flip Evo & Summit E16 Flip! Solusi terbaik untuk meningkatkan produktiviti!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
MSI melancarkan Summit E13 Flip Evo & Summit E16 Flip! Solusi terbaik untuk meningkatkan produktiviti!

MSI melancarkan Summit E13 Flip Evo & Summit E16 Flip! Solusi terbaik untuk meningkatkan produktiviti!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd