Dah lah tengah “April Fool” ni, lebih mencuit hari kami apabila seorang streamer terkenal di Twitch terpaksa menamatkan strim lansungnya disebabkan dia terlupa bayar bil elektrik weh! Walaupun terkenal dan jutawan, dah sibuk sangat striming sampai terlupa ye bayar bil! Streamer yang kami maksudkan adalah Felix Lengyel yang dikenali sebagai xQc untuk IGN nya.
Dia merupakan salah satu top streamer di Twitch dan sering viral disebabkan mulutnya yang lancang dan ban yang banyak. Tetapi kali ini bukannya disebabkan mulut tiada lesen dia tu yang membawa masalah, sebaliknya dia sendiri yang membuat ramai penonton terhibur.
Baru-baru ini, xQc melakukan masalah selepas dia di ban dan kemudian dengan pantas di unban semula dari server Grand Theft Auto NoPixel. Dia mula stream kembali pada tahun 2015 dan dengan cepat meningkatkan penonton untuk stream permainan Overwatchnya kerana tahap permainannya yang tinggi dan keperibadiannya yang kuat. Dia akhirnya membuat entri ke adegan esports melalui Overwatch League, di mana dia mendapat banyak ban sepanjang kariernya yang pendek. Sejak dia menjadi streamer pelbagai yang dimainkannya termasuk Valorant, Among US dan Rust sehinggalah Who Wants to Be a Millionaire.
Seperti ramai peminat ketahui, jangkauan si xQc ini memang tidak dapat disangkal, degan mempunyai 8 juta pengikut di Twitch. Lepas itu, baru sahaja bermula stream dan tiba-tiba dihentikan dalam waktu yang kurang dari selalu dia stream, membuat ramai peminat terkejut apa yang jadi sebenarnya sehingga xQc mengongsikan Tweet-nya bahawa dia akan kembali streaming lewat atau esok setelah elektrik kembali semula.
AUTOPAY WAS ON BUT MY CREDITCARD LIMIT IS THE SAME I HAD WHEN I WAS 12 SO SOMETIMES ITS EMPTY AND PAYMENT CANT GO THROUGH. JUST CANADIAN BANK STUFF MOVE ALONG
— xQc (@xQc) March 31, 2021
Disambung pula dengan Tweet bahawa dia sebenarnya telah menetapkan bayaran automatik untuk bil tetapi kad kreditnya telah kehabisan wang yang menyebabkan kekeliruan kepada semua peminatnya. Jadi, itu menambah ramai memerlinya di Twitter beliau dengan komen yang agak lawak.
Tetapi mendapat tajaan besar oleh GFuel dan menyatakan dia tidak bayar bil elektrik itu agak pelik kenapa kad kreditnya ada wang keluaran terhad, dah boleh nampak dia memang bersifat tidak endah akan sekekelilingnya hingga terus menggunakan kad kredit tanpa ketahui berapa telah dibelanjakan. Jadi, ini memang hiburan untuk peminat sehingga elektriknya kembali ada untuk meneruskan tugasan streamingnya.
Walaupun ini menjadi hiburan kepada peminat lagi-lagi pada April Fool ini, xQc perlulah segera kembali ke stream untuk mengelakkan kehilangan pengikutnya. Nanti dah kekurangan pengikut dah tidak dapat tajaan semula. Tapi “lu memang buat hal la bro! Haha!”!
Sumber: Kotaku; xQc Twitter
@gamersantaimy
Discussion about this post