Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bermain tembak iblis guna PSVR di Doom 3 VR Edition bermula hari ini!

Amir Haziq by Amir Haziq
March 30, 2021
in Artikel, Berita, Game Baru, Genre, Platform, PS5, VR
0 0
0
Bermain tembak iblis guna PSVR di Doom 3 VR Edition bermula hari ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony hari ini telah melancarkan Doom 3 VR Edition yang memberikan pemain merasai pengalaman memburu iblis eksklusif di PlayStation VR. Awal bulan ini, Microsoft mengumumkan mereka akhirnya telah selesai mengambil alih Bethesda, menyerap semua studio dan IPnya seperti Fallout dan Doom.

Di samping itu, permainan action-horror shooter ini adalah port PlayStation VR dari Doom 3, yang dilancarkan pada PC pada tahun 2004 dan Xbox pada tahun 2005. Port VR ini berdasarkan remaster yang dikeluarkan pada Nintendo Switch, PS4, Xbox One dan PC pada tahun 2019.

Tambahan pula, Sony juga turut melancarkan trailer pelancaran untuk permainan ini di Youtube mereka. Anda boleh mendapatkan permainan VR ini dengan harga RM79.00. Ia mengandungi pengembangan Resurrection of Evil dan The Lost Mission yang dibina semula untuk alat VR Sony. Ia juga menawarkan lebih dari 15 jam kandungan menembak di VR dan juga boleh dimainkan dengan pengawal PlayStation Aim.

Peminat VR di PC dapat memainkan Doom 3 VR melalui sokongan mod rasmi. Permainan ini serasi dimainkan di PS5, namun PSVR memerlukan penggunaan adapter PlayStation Camera yang boleh didapati dari Sony. Ianya juga mesti dimainkan menggunakan DualShock 4 dan bukannya controller DualSense PS5.

Senjata di Doom 3 VR Edition mempunyai sektor grafik dan bunyi yang diperbaharui sepenuhnya. Setiap senjata telah disempurnakan untuk menyokong sepenuhnya pergerakan VR, dengan visual yang lebih hebat dan perincian resolusi yang lebih tinggi.

Selain itu, kesan bunyi dari semua senjata juga telah ditingkatkan dari segi kualiti, kelantangan dan kekuatannya. Dengan menggunakan kawalan dan reka bentuk ergonomik DualShock 4, anda boleh menukar senjata dan bom tangan dengan selesa bagi memastikan anda kekal bertahan dalam permainan ini.

Korang dah sedia nak tembak iblis guna VR lepasni? Jangan lupa untuk dapatkan maklumat terkini dan berita mengenai PlayStation dari kami dengan menekan pautan ini.

 

Tags: DoomDoom 3: VR EditionPSVR gamesSony
Previous Post

Senarai ANIME yang paling dinantikan pada tahun 2021, termasuk MHA Season 5, Shaman King & Edens Zero!

Next Post

ESL memperkenalkan ekosistem baru untuk permainan mudah alih kompetitif & ESL Mobile untuk pertandingan berskala global!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
ESL memperkenalkan ekosistem baru untuk permainan mudah alih kompetitif & ESL Mobile untuk pertandingan berskala global!

ESL memperkenalkan ekosistem baru untuk permainan mudah alih kompetitif & ESL Mobile untuk pertandingan berskala global!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd