Baru sahaja sebentar tadi, analisis permainan yang popular di Twitter iaitu Daniel Ahmad mengongsikan bahawa pemilik TikTok nampaknya telah membeli IP Moonton iaitu pemaju permainan MOBA popular Mobile Legends! Beliau telah menyatakan bahawa “Ini adalah salah satu pemerolehan terbesar tahun ini dan menunjukkan betapa seriusnya ByteDance memasuki ruang teras permainan.”
Bytedance, the owner of TikTok, has acquired Moonton, the developers of Mobile Legends.
This is one of the biggest acquisitions of the year and shows how Bytedance is serious about entering the core gaming space
Mobile Legends is one of the most popular smartphone MOBA games pic.twitter.com/9GcqLCB9Fj
— Daniel Ahmad (@ZhugeEX) March 22, 2021
ByteDance Ltd. adalah syarikat teknologi internet multinasional yang mempunyai beribu pejabat di Beijing dan bermastautin di Cayman Islands. Ia didirikan oleh Zhang Yiming pada tahun 2012. ByteDance dilaporkan bernilai lebih dari US $100 bilion pada Mei 2020. Mereka jugalah merupakan pemaju kepada aplikasi TikTok / Douyin
BuzzVideo dan banyak lagi.
Daniel Ahmad turut menyatakan ByteDance melihat permainan sebagai strategi utama setelah menjadikan dirinya sebagai peneraju dalam video pendek yang pernah dikongsikan.
Seperti yang dinyatakan dalam artikel yang dikongsikan oleh Techcrunch, di mana ByteDance telah mengupah lebih daripada 2,000 kakitangan untuk bahagian permainannya dan menyiapkan banyak label.
ByteDance telah memperoleh dan melabur dalam syarikat yang berkaitan dengan permainan selama beberapa tahun kini, dengan Moonton yang berpusat di Shanghai akan menjadi yang terbaru dalam pelaburan mereka. Mobile Legends, yang popular di SEA, mempunyai lebih dari 90 juta MAU dan hampir $1billion pendapatan.
Nampaknya ini menjadi sesuatu pelaburan menarik untuk dunia permainan, kita dapat melihat kini banyak pembangun di China cuba untuk merebut peluang yang menarik perhatian netizen secara Global. Antara pemaju dari China yang sememangnya terkenal dan pesat adalah Tencent Game seperti mereka dikatakan telah melabur lebih dari syarikat gergasi Ali Baba.
Jadi kita dapat melihat lebih banyak pemaju dari bidang lain berminat untuk melabur dalam permainan kerana sememangnya permainan kini ibarat sebuah platform yang boleh membuat pemain gembira, menjana duit dalam esports atau penstriman, juga kepelbagaian terutama untuk menghilangkan bosan.
Mungkin kepada pemain tidak banyak pekara yang perlu dirisaukan memandangkan ByteDance telah berpengalaman besar untuk aplikasi dan permainan. Sama ada akan ada perubahan untuk permainan kesayangan anda dari pemaju TikTok untuk Moonton itu, kami tidak dapat sebarang pengesahan lagi. Apa-apa pun kita lihat dan kami akan terus kongsikan jika ada sebarang perubahan atau rancangan ByteDance untuk Mobile Legends ok!
@gamersantaimy
Discussion about this post