Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Apex Legends memecahkan rekod baru di Steam selepas pelancaran Season 8!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 1, 2021
in Artikel, Battle Royale, Berita, PC, Platform, Steam
0 0
0
Apex Legends memecahkan rekod baru di Steam selepas pelancaran Season 8!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak dilancarkan dua tahun lepas, Apex Legends telah menjadi antara IP paling penting oleh Respawn Entertainment dan EA. Game ini sentiasa menawarkan kandungan baru, acara menarik, dan baru-baru ini telah memperkenalkan Legend terbaru bernama Fuse. Game ini melonjak dalam populariti sehingga berjaya memecahkan rekod baru untuk jumlah pemain semasa di Steam!

Sebelum ini, Apex Legends adalah eksklusif untuk platform EA Origin di PC, tetapi akhirnya dikeluarkan di Steam pada bulan November 2020. Pada bulan Januari lalu, Apex Legends telah mencatat rekod pemain semasa baru di Steam, yang mencapai sekitar 130,000 pemain pada satu masa. Sepanjang bulan Februari pula, jumlah pemain Steam untuk Apex Legends terus meningkat. Pada 27 Februari, Apex Legends mencapai jumlah tertinggi di platform dengan nilai hampir 197,000 pemain!

AND – Apex Legends just hit a new all-time peak player count on Steam, with 196,799 concurrent players!

(Dead game though obviously) pic.twitter.com/AQwGcUa5UA

— Apex Legends News (@alphaINTEL) February 27, 2021

Angka sebenar yang dicapai menurut SteamCharts adalah 196,799 dan menunjukkan bahawa game ini semakin hampir dengan tonggak 200,000. Apex Legends sudah lama mempunyai “player base” yang luas di semua platform-nya, tetapi ia mengagumkan untuk melihat ia masih mampu menarik begitu banyak pemain Steam.

We heard some of you need more time to collect all your Anniversary rewards? 👀

In the spirit of celebration, we're going to keep the party going for one additional week. The Anniversary Collection Event will now remain open until March 2 at 10am PT. pic.twitter.com/uZwtBvL149

— Apex Legends (@PlayApex) February 23, 2021

Peningkatan ini mungkin didorong oleh pelancaran Season 8, yang memperkenalkan Legend dan Battle Pass baru. Permulaan Season 8 juga menyaksikan acara ulang tahun ke-2 Apex Legends, yang menampilkan skin Legendary/Epic baru dan kosmetik senjata. Memang tidak hairanlah mengapa ramai yang berminat untuk bermain.

Here’s a lil’ ditty from ol’ Fusey himself. Gather round, folks…for the Outlaws’ Oath. pic.twitter.com/rG4L8Wummt

— Apex Legends (@PlayApex) February 26, 2021

Secara keseluruhan, ini merupakan langkah yang bijak untuk melancarkan Apex Legends di pasaran Steam. Bagi sesiapa yang berminat, Apex Legends kini tersedia di PC, PS4, Xbox One, dan akan datang tidak lama lagi ke Nintendo Switch pada 9 Mac. Untuk segala liputan kami tentang permainan, sila tekan pautan ini.

Muat turun di sini
Apex Legends
Developer: Respawn Entertainment
Release Date: 2019-02-04
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Apex Legends adalah permainan Battle Royale bebas yang dibangunkan oleh Respawn Entertainment dan diterbitkan oleh Electronic Arts. Ia dikeluarkan untuk Microsoft Windows, PlayStation 4 dan Xbox One pada 4 Februari 2019 tanpa sebarang pengumuman atau pemasaran sebelumnya.
Tags: Apex LegendsPCpencapaiansteam
Previous Post

PUBG Mobile vs. PUBG New State: Jom lihat perbezaannya buat masa kini

Next Post

Digimon Adventure mendedahkan perincian Lagu Tema Akhir yang baru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Digimon Adventure mendedahkan perincian Lagu Tema Akhir yang baru!

Digimon Adventure mendedahkan perincian Lagu Tema Akhir yang baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd