Sebuah expansion baru telah diumumkan untuk Hearthstone di BlizzCon 2021. Diberi nama Forged in the Barrens, expansion ini akan memulakan tahun baru penuh dengan kandungan unik, yang akan dikenali sebagai Year of the Gryphon.
Berita ini datang selepas pendedahan Classic Mode untuk permainan. Dalam mod ini, pemain hanya boleh menggunakan set kad asas, di mana kad-kad tersebut akan kembali kepada penampilan pertama dalam permainan.
Dalam Hearthstone Mercenaries, pemain akan mengumpulkan sebuah pasukan tentera sebelum memulakan siri pertarungan yang dihasilkan secara rawak, di mana tentera ini dapat meningkat level dan berevolusi. Pada masa yang sama, terdapat juga mod PVP.Sebuah fitur baru bernama Spell Schools juga diperkenalkan, yang akan meletakkan “spell card” lama dan baru dalam salah satu daripada tujuh kumpulan berbeza, serta menambahkan sinergi pada koleksi pemain. Selain itu, Blizzard telah roadmap di bawah untuk Year of the Gryphon dan ia dibahagikan kepada 3 fasa.

Di samping itu, expansion Forged in the Barrens telah menambah keyword baru untuk minion bernama Frenzy. Frenzy akan aktif apabila sebuah kad terselamat selepas diserang buat pertama kalinya. Keyword Frenzy milik Razormane Raider akan menyerang musuh secara rawak, manakala keyword Frenzy milk Blademaster Samuro akan melakukan damage yang sama kepada semua musuh.
Hearthstone kini tersedia untuk PC dan peranti mudah alih. Untuk segala liputan kami tentang BlizzConline 2021, sila tekan pautan ini.

![[BlizzConline 2021] Hearthstone mengumumkan expansion Forged in the Barrens & rancangan Year of the Gryphon!](https://cdn.gamersantai.com/2021/02/hearthstone-expansion-750x375.jpg)



![[BlizzConline 2021] “Diablo 2 adalah permainan penting dalam siri Diablo!” Temuramah Eksklusif Diablo II: Resurrected!](https://cdn.gamersantai.com/2021/02/Diablo-II_-Resurrected-1-75x75.jpg)




Discussion about this post