Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Digimon Adventure: Evolusi “mengejutkan” BlitzGreymon diperkenalkan dalam anime!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 15, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Digimon Adventure: Evolusi “mengejutkan” BlitzGreymon diperkenalkan dalam anime!
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Digimon Adventure “ori” sudah lama menunjukkan bahawa laluan evolusi mempunyai banyak cabang berbeza, tetapi konsep ini tidak diterokai sepenuhnya sehingga adaptasi anime reboot 2020, di mana pihak produksi dapat memanfaatkan idea-idea unik yang dikumpul selama bertahun-tahun untuk menunjukkan beberapa evolusi mengejutkan!

Seperti Patamon yang dapat mengubah ke Pegasmon sebelum Angemon (evolusi ini berlaku pada watku berbeza dalam jalan cerita asal), Taichi dan Agumon juga membuka sebuah lagi evolusi baru yang tidak ada dalam anime asli.

Dalam episod 36, keganasan Millenniumon telah membaling sebuah satelit ke dunia sebenar Jepun. Koushiro Izumi mempunyai cara untuk mengalihkan satelit tersebut ke lokasi yang selamat, tetapi untuk melaksanakan rancangan ini, mereka perlu menyerang sebuah tempat tertentu pada waktu yang tepat di mana kedua-dua dunia sebenar dan dunia digital bersatu antara satu sama lain.

Malangnya, ini adalah cabaran yang besar untuk Taichi, Koushiro, dan Sora, serta Digimon mereka ketika Metallife Kuwagamon dan sekumpulan BladeKuwagamon datang untuk menghalang rancangan ini. Semasa bertarung, Taichi dan MetalGreymon terpaksa menyesuaikan diri dengan kuasa elektrik dan akibatnya, mereka berjaya membuka Mega Evolution baru bernama BlitzGreymon!

Bagi mereka yang tidak tahu, kita hanya kenal bentuk evolusi Mega Agumon sebagai WarGreymon. Ya saya tahu ada banyak bentuk lain tetapi itu hanya daripada spin-off dan game, bukan daripada aspek cerita rasmi. Siapalah sangka yang pihak produksi akan memperkenalkan bentuk baru untuk Agumon. Untuk pandangan penuh, mari kita tonton video di bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=rcG8u6FXWoo

Apakah pendapat anda tentang BlitzGreymon? Adakah DigiDestined lain pun akan membuka evolusi Mega baru untuk Digimon mereka? Adakah ini canon? Beri tahu pendapat anda dalam ruang komen sekarang! Untuk segala liputan kami tentang Digimon, sila tekan pautan ini.

Tags: agumonanimeBlitzGreymonDigimon AdventureMetalGreymonTaichi
Previous Post

505 Games akan menerbitkan JPRG Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes!

Next Post

Black Clover: Asta menampilkan transformasi Devil Union paling kuat setakat ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!
Berita

EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!

June 5, 2026
Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!
Berita

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

June 5, 2026
Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!
Anugerah

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

June 5, 2026
Next Post
Black Clover: Asta menampilkan transformasi Devil Union paling kuat setakat ini!

Black Clover: Asta menampilkan transformasi Devil Union paling kuat setakat ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd