Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jom lihat statistik gaming anda dengan “PlayStation 2020 Wrap-Up”, siap ada tema percuma lagi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 3, 2021
in Artikel, Berita, PS4, PS5
0 0
0
Jom lihat statistik gaming anda dengan “PlayStation 2020 Wrap-Up”, siap ada tema percuma lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena tahun baru ini, kita menerima peluang untuk melihat apa yang kita lakukan sepanjang tahun 2020 pada sistem konsol PlayStation. Sony mengumumkan PlayStation 2020 Wrap-Up dan berkongsi matlamat yang sama seperti versi 2019. Untuk pengguna yang menghabiskan lebih dari 10 jam bermain PS4 sepanjang tahun 2020, mereka dapat melihat dengan tepat apa aktiviti yang paling mereka lakukan. Yang bezanya untuk tahun 2020, adalah ia juga mengira aktiviti bagi pemilik PS5.

🎮 Games played
🏆 Trophies earned
⏰ Time spent

See and share your gaming milestones with a personalized PlayStation 2020 Wrap Up: https://t.co/9i6LUZcz2V pic.twitter.com/cef7vy1GaJ

— PlayStation (@PlayStation) February 2, 2021

Untuk memulakan proses, pengguna perlu melayari laman web PlayStation 2020 Wrap-Up. Sebaik sahaja masuk ke halaman, sebuah penilaian akan menyenaraikan beberapa statistik penting. Ia akan memberitahu tiga video permainan video yang anda paling kerap bermain dan berapa jam yang dilaburkan untuk setiap satu. Pengguna juga akan tahu pada hari apa yang mereka selalu bermain dan pada masa yang sama, melihat jumlah “trophy” yang diperolehi, sertakan maklumat tentang jumlah trofi gangsa, perak, emas dan platinum.

Statistik untuk PS5 lebih ringkas di mana anda hanya akan melihat permainan PS5 yang paling kerap dimainkan dan berapa jam anda menghabiskan masa. Anda juga akan melihat jumlah keseluruhan trofi di PS5, tetapi ia tidak memberi info yang lebih terperinci.

Pada penghujung halaman, jangan lupa untuk tebus tema percuma PS4 untuk meraikan tahun 2020 anda. Berikut adalah gif yang menampilkan tema khas tahun 2020:

playstation 2020 wrap up theme

Acara PlayStation 2020 Wrap-Up akan tersedia sehingga 2 Mac 2021. Jangan lupa untuk cuba! Untuk segala info tentang PlayStation, sila tekan pautan ini.

Sumber – PlayStation Blog

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 2020playstationPS4ps5Statistik
Previous Post

RAZER ambil alih pakar konsol berjenama – CONTROLLER GEAR

Next Post

Apex Legends rasmi akan keluar di Nintendo Switch pada 9 Mac 2021!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Apex Legends rasmi akan keluar di Nintendo Switch pada 9 Mac 2021!

Apex Legends rasmi akan keluar di Nintendo Switch pada 9 Mac 2021!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd