Masih ingat dengan Predator Triton 300 yang kami memberi ulasan tahun lalu? Acer nampaknya telah memberi nafas baru pada siri ini! Generasi terbaru Predator Triton 300 SE secara rasmi dilancarkan! Acer telah melancarkan secara rasmi generasi terbaru Predator Triton 300 SE dengan edisi spesial pada pemprosesnya! Dengan menampilkan generasi terkini berikut adalah serba sedikit pengenalan Predator Triton 300 SE.
Predator Triton 300 SE Generasi Baru
Generasi baru Predator Triton 300 SE memberi keselesaan penuh kepada pemain tidak kira untuk sesi pembelajaran atau permainan video, atau untuk bersantai menonton strim kegemaran mereka sebentar setelah seharian bekerja keras, laptop ini sememangnya sesuai untuk anda.
Predator Triton 300 SE menampilkan pemproses Intel Core i7 H35-siri Gen ke-11 yang mencapai hingga 5 GHz untuk prestasi yang sangat pantas dan GPU Laptop NVIDIA GeForce RTX 3060 ke dalam casis semua logamnya yang bersih dan mirip Spartan. Tidak terlupa, laptop ini bukan setakat ada siri Special Edition, sebaliknya turut ada siri biasa yang memberi sokongan sehingga 4.8 GHz. Anda juga boleh melipatnya sampai 90°!
Anda risau kerana kebanyakkan laptop gaming adalah berat? Anda tidak perlu khuatir dengan pemasalahan itu kerana Predator Triton 300 SE hanyalah senipis 17.9 mm dan beratnya adalah 1.79kg! Luar biasa kan ringan dia untuk sebuah laptop gaming? Memang senang para gamers-on-the-go bermain game dan membuat kerja dimana-mana sahaja!
Penyejukan memuaskan untuk memastikan tiada sebarang lag pada laptop anda! Predator Triton 300 SE mempunyai sistem penyejukan kipas berkembar merangkumi teknologi AeroBlade Fan generasi ke-5 terbaru dan teknologi Vortex Flow Acer untuk memastikan suhu sentiasa dikendalikan semasa sesi permainan berat.
Dari segi paparannya, tidak kiralah pengguna bermain game atau menonton filem, pemain akan rasa seronok walaupun hanya 14-inci, Predator Triton 300 SE mempunyai paparan FHD yang mempunyai kadar penyegaran 144 Hz dan dikelilingi oleh tiga bezel nipis.
Masih segar dengan RGB seperti pada laptop gaming lain, papan kekunci RGB 3-zon lampu latar meningkatkan pengalaman permainan kita. Sementara audio yang padu turut tersedia dengan DTS: X Ultra memberikan dorongan dalam permainan dengan memberikan suara yang tajam dan seimbang untuk membantu pemain menentukan tempat musuh bersembunyi.
Tidak perlu risau lagi dengan kehabisan bateri yang cepat, bateri Predator Triton 300 SE dapat bertahan sehingga 10 jam! Anda juga tidak perlu risau tentang kekurangan port di laptop ini, Predator Triton 300 mempunyai pelbagai port, termasuk Thunderbolt 4, USB 3.2 Gen 2 dan HDMI.
Nampaknya Predator Triton 300 SE ini sememangnya tersedia pada gamer biasa dan kerja harian anda, nantikannya dalam pelancaran rasmi untuk Malaysia dan ketahui harganya kelak ok!
@gamersantaimy
Discussion about this post