Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Khabar angin: Spesifikasi Nintendo Switch Pro didedahkan, boleh sokong 4K & paparan OLED!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 8, 2021
in Artikel, Berita, Nintendo Switch
0 0
0
Khabar angin: Spesifikasi Nintendo Switch Pro didedahkan, boleh sokong 4K & paparan OLED!
Share on FacebookShare on Twitter

Khabar angin tentang Nintendo Switch Pro sudah lama tertular selama beberapa tahun. Namun, para pengkaji data telah menemui fail berkaitan dengan model Nintendo Switch yang dikemas kini dengan firmware terbaru. Adakah ini model Nintendo Switch Pro yang dikhabarkan? Penemuan ini berpunca dari SciresM, seorang pengkaji data terkenal yang baru-baru ini memberitahu bahawa fail-fail di atas merujuk kepada “Aula,” yang ramai percaya adalah nama samaran untuk model Nintendo Switch baru.

Apa yang penting untuk diperhatikan di sini adalah fail menunjukkan bahawa Aula boleh menyokong resolusi 4K berdasarkan cip Realtek yang mampu menguruskan media 4K. Selain itu, model Aula akan menggunakan skrin OLED yang canggih. Kedua-dua penambahan ini adalah peningkatan yang besar berbanding spesifikasi yang ada di model Switch sekarang.

Bagi mereka yang tidak tahu, paparan OLED memberikan kualiti dan kontras gambar yang lebih baik berbanding dengan jenis skrin lain. Secara khusus, ia memaparkan warna yang jauh lebih kaya dan baik daripada alternatif-alternatif lain dan tidak menggunakan banyak tenaga, yang sangat penting untuk jangka hayat bateri yang lama. Mengapa paparan OLED sangat “rare“? Jawapannya adalah kerana paparan OLED lebih mahal berbanding dengan skrin LED dan LCD.

Walaupun model Aula mempunyai skrin OLED, sudah tentu ia tidak akan dilengkapi dengan skrin 4K mudah alih. Walau bagaimanapun, fail yang disebutkan di atas tentang cip Realtek menunjukkan bahawa ia mampu berfungsi pada resolusi 4K apabila dipasangkan dengan monitor atau televisyen. Selain daripada dua tambahan ini, SciresM juga mendedahkan tentang peningkatan kepada jangka hayat bateri dan sistem penyejukan.

Seperti biasa, jangan percaya khabar angin ini 100%. Walaupun sumber datang daripada orang yang boleh dipercayai, semua maklumat di sini tidak rasmi, dan boleh berubah. Pada saat penulisan, Nintendo belum memberi komen tentang khabar angin ini. Sekiranya ia berubah, saya akan mengemas kini artikel dengan berita yang disediakan.

Sumber – ResetEra

Tags: 4KAulanintendo switchNintendo Switch ProOLED
Previous Post

Acer Melancarkan Chromebook Spin 514, Chromebook Pertama dengan Pemproses Mudah Alih AMD Ryzen dan Grafik AMD Radeon

Next Post

Ejen Ali trending di Youtube! Dapatkan “merch” mereka di kedai dalam talian sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Ejen Ali trending di Youtube! Dapatkan “merch” mereka di kedai dalam talian sekarang!

Ejen Ali trending di Youtube! Dapatkan "merch" mereka di kedai dalam talian sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd