Isu kedua 2021 Weekly Shonen Jump oleh Shueisha mendedahkan bahawa francais Dr. Stone (Boichi dan Riichirou Inagaki) akan diadaptasikan kepada aplikasi permainan telefon pintar yang akan dilancarkan pada tahun 2021.
Pemaju permainan ini adalah Poppin Games Japan yang terkenal dengan permainan seperti Trinity Seven: Phantasm Library & Seventh Sol untuk telefon pintar di Jepun. Permainan Dr. Stone jatuh kepada genre permainan strategi, yang sangat tepat kerana Ishigami Senku bukanlah watak yang menggunakan kekuatan untuk menewaskan musuh tetapi bergantung pada kepintaran dan strateginya untuk mengatasi setiap cabaran dalam siri.
Walaupun bergenre strategi, ia juga akan memiliki elemen RPG, dan open-world yang melibatkan pengumpulan sumber dan “crafting“. Sekiranya permainan mengikut anime atau manga, ia mungkin akan melibatkan pelbagai jenis ciptaan atau alat yang harus dibuka oleh pemain daripada masa ke masa. Buat masa ini, tiada maklumat diberi tentang sistem pertempuran atau crafting.
Bagi mereka yang tidak tahu, berikut adalah rumusan:
Dr. Stone adalah siri sci-fi post-apocalyptic yang berlangsung lebih daripada 3,000 tahun pada masa akan datang setelah manusia ditukar kepada batu oleh cahaya misteri. Pelajar sekolah menengah dan juga genius, Ishigami Senku berjaya melepaskan diri daripada keadaannya yang membatu untuk mendapati masa sudah berlalu beribu-ribu tahun. Disebabkan dunia yang sudah hancur kerana peredaran masa, Senku harus mencari jalan untuk mengembalikan tamadun manusia. Untuk melakukan itu, dia perlu menggunakan kecerdasan dan strategi untuk membantu memperkenalkan sains ke dunia baru.
Permainan mobile Dr. Stone akan dilancarkan untuk telefon pintar di Jepun pada tahun 2021. Ini ialah permainan percuma dengan penambahan transaksi mikro.
Sumber – Ryokutya2089
@gamersantaimy
Discussion about this post