Bandai Namco telah berkongsi maklumat terkini dalam edisi terbaru V-Jump mengenai sistem pertempuran ala-ala musou baru akan datang di DLC seterusnya Dragon Ball Z: Kakarot. DLC ini dijangka akan keluar pada hujung 2020. Sistem “Crowd Battle” baru akan memaksa anda melawan sejumlah besar musuh sekaligus. Permainan ini akan melemparkan lebih daripada 100 musuh serentak yang akan menyerang pemain. Laporan itu menggambarkannya seperti adegan filem Dragon Ball Z: Resurrection F di mana wira kami melawan tentera Frieza.
Semasa pertempuran besar-besaran ini, pemain dapat menggunakan serangan khas dengan jarak yang lebih luas, abiliti yang lebih kuat, dan kebolehan baru yang dipelajari daripada DLC. “Z-Combination” adalah salah satu kemahiran di mana anda bekerjasama dengan watak sokongan untuk melancarkan serangan berganda. Selain itu, jika anda memerlukan pengalaman musou seperti francais Dynasty Warriors di Dragon Ball Z: Kakarot, anda dapat segera menghapuskan segerombolan musuh dengan abiliti seperti God Speed Fist atau Maximum Kamehameha.
DLC “A New Power Awakens — Part 2” akan tiba pada hujung tahun 2020. Selain daripada tambahan bentuk Super Saiyan Blue untuk Goku dan Vegeta, ia juga akan menampilkan Golden Frieza sebagai antagonis.
Dragon Ball Z: Kakarot kini tersedia untuk PlayStation4, Xbox One, dan PC melalui Steam.

@gamersantaimy
Discussion about this post