Story arc terbaru Black Clover sedang mempersiapkan Asta untuk pertarungan besar yang seterusnya melawan Dark Triad dari Spade Kingdom, dan bab terbaru daripada siri akhirnya telah mendedahkan kebenaran disebalik kisah tragis untuk Devil milik Asta sebelum ia terperangkap di di five leaf grimmoire. Ketika Nacht (vice captain Black Bulls) melatih Asta cara-cara untuk menggunakan kekuatan Devil-nya dengan lebih baik bagi melawan Dark Triad, para peminat dapat melihat Devil Asta buat pertama kali dalam siri. Tanpa diduga, kami juga mendapat pendedahan penuh mengenai kisah sebenarnya.
Bab terkini manga menyelami kisah sebenar Devil Asta, dan kita bukan sahaja belajar nama rasmi untuk pertama kalinya dalam siri ini, malah mengetahui asal-usul Devil Asta yang penuh dengan tragedi yang tidak dijangka. Ini menjelaskan mengapa Devil tersebut bersikap musuh terhadap Devil lain.
Amaran! Spoiler untuk Black Clover Bab 268 di bawah!
Bab 268 bersambung selepas Asta katakan sesuatu kepada Devil-nya semasa di Devil-Binding Ritual yang membuat Devil itu mengimbas balik memori lamanya tentang seorang wanita muda. Kami ditunjukkan yang Devil ini sebenarnya dilahirkan di underworld. Underworld sangat membosankan, jadi pangkat setiap Devil dinilai melalui kekuatan. Ini memberikan mereka sebab untuk membuli Devil di pangkat rendah di mana Devil Asta menjadi salah satu mangsa.
Ketika dibuli oleh Devil yang lebih kuat, Devil Asta dilemparkan ke pintu underworld dan terus masuk ke dunia manusia kerana dia tidak mempunyai sebarang “mana“. Terperangkap di situ, dia diseksa oleh manusia sehingga seorang wanita bernama Licita menjumpainya dan membawa Devil Asta pulang ke rumahnya. Di situ, dia menceritakan yang dia menjumpai five leaf grimmoire (yang akhirnya diturunkan kepada Asta), dan kedua-duanya memutuskan untuk tinggal bersama.
Devil ini diberi nama Liebe, dan Licita pula menjadi ibu kepadanya. Tetapi suatu hari, Devil terkuat, Lucifero, merasuk Liebe kerana ingin tahu bagaimana Liebe dapat hidup di dunia manusia tanpa kontrak. Licita enggan membiarkan Lucifero mengambil alih tubuh anaknya, lalu mengorbankan nyawanya demi Liebe. Untuk memastikan Liebe kekal selamat, Licita menyimpannya di dalam five leaf grimmoire sebelum menghembus nafas terakhir.
Oleh itu, kita kini sudah tahu mengapa Liebe sangat marah dan ganas kepada Devil lain kerana apa yang dilakukan oleh Lucifero. Apa pendapat anda? Adakah anda dapat menjangka kisah tragis ini? Beri tahu saya pendapat anda dalam ruang komen.
Sumber – Shonen Jump
@gamersantaimy
Discussion about this post