Sistem Trophy pertama kali diperkenalkan di PlayStation 3, dan telah menjadi sebahagian yang penting daripada pengalaman bermain PlayStation. Hari ini, Sony mengumumkan bahawa mereka akan membawa beberapa peningkatan baru pada sistem ini.
Trophy level hovering in the 12-15 range? You’re about to hit triple digits.
First details on upcoming changes to Trophies: https://t.co/aVvaCFALRM pic.twitter.com/ELqlbzfSOO
— PlayStation (@PlayStation) October 7, 2020
Tahap (level) Trofi baru
Perkara pertama adalah perubahan besar ke tahap Trophy anda. PlayStation meningkatkan julat tahap Trophy daripada “1-100” kepada “1-999“. Setelah kemas kini ini, tahap Trophy anda akan disusun semula secara automatik ke tahap baru berdasarkan Trophy yang telah anda peroleh sehingga kini. Sebagai contoh, jika tahap Trophy anda adalah 12, tahap baru akan melonjak ke ke angka 200-an. Tahap akan bergantung pada jumlah dan nilai Trophy yang anda perolehi.
Struktur pengiraan baru
PlayStation telah menerapkan sistem pengiraan tahap Trophy baru yang lebih dioptimumkan dan bermanfaat. Pemain akan maju lebih cepat pada peringkat awal, dan tahap akan meningkat dengan lebih konsisten. Trophy Platinum ialah lebih bernilai untuk tahap kemajuan anda, lantas menjadikannya lebih berharga.
New Trophy Level Icons
Dengan julat tahap yang diperluas, PlayStation juga memperbarui ikon tahap Trophy di PlayStation 5, serta PlayStation App di kemudian hari. Ikon juga akan mempunyai perbezaan yang halus untuk menunjukkan secara visual betapa dekatnya anda dengan tahap seterusnya. Pada masa ini, ikon Trophy hanyalah satu bintang emas, tetapi mereka akan menambahkan beberapa varian:
- Bronze: tahap 1-299
- Silver: tahap 300 – 599
- Gold: tahap 600 – 998
- Platinum: tahap 999
Trophy yang anda perolehi pada sistem PlayStation sebelumnya juga akan disertakan bersama ke PlayStation 5 termasuk sistem masa lalu, PS App dan My PlayStation.
@gamersantaimy
Discussion about this post