Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[TGS2020] Trailer eksklusif JRPG Edens Zero didedahkan oleh Hiro Mashima! Bersama pengumuman anime rasmi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 26, 2020
in Animasi, Anime, ARPG, Artikel, Berita, Genre, Livestream, Manga, Mobile
0 0
0
[TGS2020] Trailer eksklusif JRPG Edens Zero didedahkan oleh Hiro Mashima! Bersama pengumuman anime rasmi!
Share on FacebookShare on Twitter

Konami telah mengumumkan secara rasmi JRPG Edens Zero di pelantar konsol bersama permainan video baru di mobile di TGS 2020. Ini berita yang sangat menggembirakan bagi peminat anime terutama lagi apabila kita mendapat tiga berita besar tentang francais. Siaran langsung ini menampilkan mangaka Hiro Mashima, producer Edens Zero di Konami Shin Murato, dan pengurus PR Konami Toshihiro Kondo. Pelantar khusus tidak diberitahu termasu tarikh ia bakal dilancarkan.

Pertama sekali, Konami menunjukkan trailer pertama yang mendedahkan bahawa permainan video JRPG konsol dan permainan mobile untuk Edens Zero sedang dalam pembikinan. Versi permainan juga menampilkan bahagian-bahagian manga yang belum diadaptasikan kepada anime. Hiro Mashima secara langsung membantu dalam latar belakang permainan dan pembinaan dunia.

 

1 of 2
- +

Beberapa tangkapan skrin ditunjukkan. Ini adalah Blue Garden, dengan ruang yang sangat besar di mana pemain boleh terbang. Anda juga boleh berlari di atas dinding.

 

1 of 3
- +

Permainan ini menggunakan sistem “action battle” di mana watak-watak daripada manga seperti Homura dan Rebecca boleh dimainkan.

 

1 of 3
- +

Selain itu, permainan mobile Edens Zero juga merupakan RPG tetapi daripada dimainkan daripada sudut pandangan “top-down”, dengan elemen sosial dan gacha. Hiro Mashima juga membantu permainan ini dan memberikan banyak idea. Dalam pertempuran, anda boleh menukar antara tiga watak.

 

1 of 7
- +

Seterusnya, Hiro Mashima menjelaskan bahawa dia membuat kostum baru khusus untuk permainan video ini. Dia menjelaskan bahawa dia benar-benar sibuk sehingga melukis perkara pertama yang dia fikirkan, sambil berusaha membuat pakaian yang tidak biasa dipakai oleh watak-watak dalam manga. Contohnya, Witcher biasanya memakai warna hitam, jadi dia menjadikan pakaiannya putih.

Itu sahaja untuk projek permainan video. Beralih ke pengumuman anime, kakitangan utama telah diumumkan dan anime rasmi akan membuat tayangan perdana pada April 2021. Shinji Ishihara (Fairy Tail, Log Horizon) akan menjadi ketua pengarah anime di J.C. Staff. Yūshi Suzuki (pengarah episod untuk Fairy Tail musim 3) akan mengarahkan anime, dan Mitsutaka Hirota (Zoids Wild, Rent-A-Girlfriend) akan mengawasi dan menulis skrip siri. Siaran langsung juga mendedahkan reka bentuk watak untuk Shiki, Rebecca, dan Happy.

 

1 of 3
- +

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi mereka di sini.

Tags: animeEdens ZeroHiro MashimakonamimangaTGS 2020
Previous Post

[TGS 2020] Keputusan hari pertama Japan Game Awards 2020 diumumkan!

Next Post

[TGS2020] Dan Hibiki akan datang ke DLC terbaru Street Fighter V: Champion Edition!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
[TGS2020] Dan Hibiki akan datang ke DLC terbaru Street Fighter V: Champion Edition!

[TGS2020] Dan Hibiki akan datang ke DLC terbaru Street Fighter V: Champion Edition!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd