Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

India mengharamkan 118 game mobile termasuk PUBG Mobile! Mungkin buat selama-lamanya?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 3, 2020
in Android, Artikel, Berita, Bimbingan, Fakta & Trivia, iOS, Mobile
0 0
0
India mengharamkan 118 game mobile termasuk PUBG Mobile! Mungkin buat selama-lamanya?
Share on FacebookShare on Twitter

PUBG Mobile merupakan salah satu aplikasi daripada 118 aplikasi mudah alih China yang diharamkan di India dan menurut kerajaan India, larangan tersebut disebabkan oleh “kebimbangan keselamatan siber.” Dalam pernyataan yang dikongsi oleh Kementerian Elektronik dan Teknologi Maklumat India, adalah senarai semua aplikasi yang dilarang dalam perintah terbaru. Sebanyak 118 aplikasi diharamkan termasuk permainan video seperti PUBG Mobile dan PUBG Mobile Lite, AFK Arena, Arena of Valor, dan semua permainan NetEase seperti Marvel Super War.

India mula melarang aplikasi mudah alih China kerana isu antara kedua-dua negara. Isu ini menjadi semakin teruk apabila 20 askar India terbunuh di Himalaya pada bulan Jun lalu, dan kerajaan India mula menolak produk buatan China. Sebagai contoh, terdapat video produk China yang dimusnahkan, dan India melarang TikTok. Walaupun PUBG tidak dihasilkan di China, pemaju PUBG Corporation mempunyai kerjasama aktif dengan penerbit permainan China, Tencent, yang menguruskan versi mudah alih PUBG.

PUBG Mobile sangat terkenal di India, dengan lebih daripada 40 juta pengguna aktif, dan oleh itu larangan ini memberi kesan buruk pada permainan. Masih belum diketahui berapa lama larangan ini akan berlaku, tetapi kemungkinan besar PUBG Mobile akan dilarang secara kekal di India.

PUBG Mobile pada awalnya diharamkan semasa pelaksanaan undang-undang pertama untuk aplikasi mudah China, tetapi berjaya mengelak. Sebelum itu, Gujarat pun pernah melarang PUBG Mobile, dan memberkas 10 orang kerana bermain permainan di khalayak ramai. Alasan mereka adalah kerana kebimbangan keselamatan siber dan kesan permainan kepada orang muda.

PUBG Mobile terkenal di India kerana boleh mengakibatkan ketagihan, di mana satu video viral menunjukkan seorang pengantin lelaki India mengabaikan isterinya di majlis perkahwinan hanya untuk bermain PUBG Mobile. Mana tidaknya kerajaan mereka risau. Jadi apa pendapat anda? Siapa yang sebenarnya salah di sini?

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: chinaIndiaMobileneteasepubg mobile
Previous Post

AMD dan Eliphant menjadi rakan kongsi untuk membawa AMD Streamer Challenge ke Asia

Next Post

WRC 9 dah bersedia Berlumba Rally di PS4, Xbox One dan Epic Game Store!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
WRC 9 dah bersedia Berlumba Rally di PS4, Xbox One dan Epic Game Store!

WRC 9 dah bersedia Berlumba Rally di PS4, Xbox One dan Epic Game Store!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd