Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kebenaran sedih tentang kepupusan puak Uzumaki & abiliti mereka di francais NARUTO!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 13, 2020
in Anime, Artikel, Berita, Bimbingan, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Kebenaran sedih tentang kepupusan puak Uzumaki & abiliti mereka di francais NARUTO!
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu aspek yang paling menarik dalam francais Naruto adalah puaknya yang berbeza, semua dengan budaya, sejarah dan tradisi unik mereka sendiri. Ini diperluas ke Boruto, siri sekuel Naruto, yang berfokus pada generasi terbaru untuk setiap puak ini.

Salah satu yang paling menarik adalah puak Uzumaki, suku keluarga kepada protagonis francais, Uzumaki Naruto. Malangnya, puak ini juga merupakan salah satu yang paling malang di dunia Naruto. Mari kita selami kekuatan istimewa puak Uzumaki, dan pelajari apa yang menjadikan latar belakangnya begitu menyedihkan.

Asal usul puak Uzumaki

Puak Uzumaki berasal dari sebuah kampung yang dikenali sebagai Uzushiogakure. Kampung ini juga dikenali sebagai Tanah Pusaran Air dan dilambangkan dengan logo lingkaran yang dikenali sebagai lambang Uzumaki. Sama dengan puak Senju, puak Uzumaki berasal daripada Ōtsutsuki Ashura. Anggota puak ini sering dilahirkan dengan rambut merah, yang mengenal pasti chakra dan abiliti mereka sebagai seorang Uzumaki.

Dengan puak Senju sebagai salah satu pengasas Konohagakure dan juga saudara jauh kepada puak Uzumaki, kedua-dua puak tersebut bekerjasama, lantas menjadikan Uzushiogakure sekutu kepada Konohagakure. Kedua-dua puak akhirnya berkahwin satu sama lain untuk mengeratkan lagi hubungan. Contoh yang paling terkenal adalah perkahwinan antara Senju Hashirama dan Uzumaki Mito. Hubungan ini terus berkembang dari masa ke masa, sehingga lambang Uzumaki dijadikan sebagai logo pada jaket shinobi Konoha. Keturunan berambut merah yang paling menonjol dan tulen daripada puak Uzumaki adalah Uzumaki Mito, Uzumaki Kushina, Karin, Nagato dan pemimpin klan sebelumnya, Uzumaki Ashina.

Kiri – Uzumaki Ashina / Kanan – Senju Hashirama

Kebolehan dan kuasa puak Uzumaki

Fuinjutsu milik Uzumaki

Puak Uzumaki memiliki fuinjutsu (Sealing Jutsu) yang paling hebat. Sebenarnya, mereka dianggap sebagai pelopor untuk sebahagian besar fuinjutsu yang digunakan di Konoha berkat kepada Uzumaki Ashina. Ashina dengan mudah dapat memeterai bijuu dengan hanya beberapa isyarat tangan. Antara fuinjutsu terkenal mereka adalah Shiki Fūjin (Reaper Death Seal), yang menyeru Shinigami (Dewa Kematian). Semasa era Hashirama, sebuah kuil penyimpanan topeng Uzumaki didirikan di pinggir Konoha sebagai rancangan kecemasan jika kampung menghadapai ancaman yang bahaya di mana memakai satu topeng khusus membolehkan pengguna menyeru Shinigami daripada jutsu Shiki Fūjin.

Shiki Fūjin

Puak Uzumaki dikenal sebagai puak yang panjang umur kerana anggotanya mempunyai semangat hidup yang sangat kuat dan jangka hayat yang lebih lama daripada shinobi biasa. Sebagai contoh, Uzumaki Mito, dapat bertahan hidup dari era Hashirama dan Tobirama hingga pemerintahan Hokage ke-3, ketika Kushina dijadikan Jinchuriki seterusnya untuk Musang Ekor Sembilan.

Walaupun Musang Ekor Sembilan dikeluarkan daripada Mito, dia masih hidup untuk jangka waktu yang lama, tetapi dalam keadaan lemah. Bagi Kushina pula, dia masih dapat melawan dan mengawal Musang Ekor Sembilan dengan kekuatannya. Kebanyakkan shinobi pasti akan mati apabila bijuu diekstrak daripada badan mereka.

Uzumaki Mito menenangkan pewaris Jinchuriki-nya, Uzumaki Kushina

Semua ahli Uzumaki yang ditunjukkan dalam Naruto dan Boruto sangat kuat, kerana keturunan darah mereka yang berkuasa dan simpanan chakra yang besar. Uzumaki Mito dan Kushina dikenali kerana memiliki chakra besar yang mampu mengawal bijuu, serta merupakan sebab utama mengapa mereka menjadi jinchuriki ekor sembilan. Uzumaki Naruto, walaupun tidak memiliki rambut  berwarna merah, mewarisi chakra besar mereka dan secara semula jadi mempunyai kebolehan cepat sembuh.

Kepupusan puak Uzumaki

Uzushiogakure selepas dimusnahkan

Oleh kerana kekuatan hebat yang dimiliki oleh puak ini dan kemampuan mereka untuk mengurung apa-apa sahaja daripada chakra ke benda hidup dan bukan hidup – semua kampung lain membenci dan takut kepada mereka, kecuali Konoha. Disebabkan itu, kampung-kampung lain secara diam-diam merancang untuk menghapuskan “ancaman” ini, yang menyebabkan puak dan kampung Uzumaki dihancurkan sebelum Konoha dapat menyelamatkan mereka.

Yang masih hidup hanyalah mereka yang tidak ada di kampung ketika peristiwa tragis ini berlaku. Walaupun begitu, mereka tidak ingin membalas dendan, dan terlalu baik sehingga memaafkan kampung-kampung yang membunuh puak Uzumaki. Ini sangat bertentangan dengan Yahiko, Nagato dan Konan yang menginginkan dunia “mengenali kesakitan” sebagai balas dendam untuk Amegakure (Hidden Rain Village) yang dijadikan tempat perang oleh kampung-kampung lain.

Kepupusan puak Uzumaki juga disebabkan oleh keinginan kampung-kampung lain yang gilakan kuasa. Walaupun puak Uzumaki dihapuskan, perang tidak pernah berhenti kerana setiap kampung sentiasa ingin menjadi yang terbaik dan tunjukkan kuasa mereka.

Walaupun kampung-kampung yang terlibat dalam aksi kejam ini menyembunyikan sifat gila kuasa mereka dengan alasan terpaksa menghancurkan Uzushiogakure demi menyelamatkan dunia daripada bahaya, ia sangat jelas bahawa masing-masing ingin menjadi kampung paling hebat dan berkuasa di dunia. Tetapi dengan pemerintahan Naruto sebagai Hokage di siri Boruto, puak Uzumaki kini memiliki peluang untuk hidup semula dan mulakan hidup baru.

Tags: animeBorutoFaktamanganarutoTriviaUzumaki
Previous Post

Setiap sisi nampak garang! Unboxing Capcom Creators Model Glavenus/Dinovalde!

Next Post

Meneroka setiap pelusuk dunia dalam review Doraemon Story of Seasons PS4!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Meneroka setiap pelusuk dunia dalam review Doraemon Story of Seasons PS4!

Meneroka setiap pelusuk dunia dalam review Doraemon Story of Seasons PS4!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd