Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kantoi sebagai eksklusif PS5! Final Fantasy XVI dilaporkan akan keluar dalam masa terdekat!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 6, 2020
in ARPG, Artikel, Berita, PS5
0 0
0
Kantoi sebagai eksklusif PS5! Final Fantasy XVI dilaporkan akan keluar dalam masa terdekat!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Interactive Entertainment telah mendedahkan beberapa game eksklusif first-party PS5 mereka, termasuk Ratchet dan Clank: Rift Apart, Marvel’s Spider-Man: Miles Morales, dan Demon’s Souls Remake. Selain itu, beberapa game eksklusif third-party juga telah diumumkan, seperti Death Loop dan GhostWire Tokyo. Kami sudah tahu akan ada lebih banyak game eksklusif dan ia mungkin melibatkan francais seperti God of War, Uncharted, dan Days Gone tetapi khabar angin menyatakan bahawa Sony mempunyai rancangan lain.

Kami dapat tahu Sony akan menambah lebih banyak game eksklusif untuk PS5, dan salah satu merupakan Final Fantasy XVI. Memang semua komuniti FF mula kecoh selepas belajar bahawa sekuel utama dalam siri Final Fantasy akan diumumkan tidak lama lagi dan menjadi game eksklusif (sementara) untuk PS5. Pembocor Reset ERA terkenal, Navtra, mendakwa game itu sepatutnya didedahkan di acara PS5 pada bulan Jun lalu, tetapi terpaksa ditundakan. Pada masa yang sama, dia mengesahkan yang game itu sudah siap untuk pengumuman, dan mungkin akan keluar dalam masa terdekat.

“Nyata ada Final Fantasy XVI. Ia sepatutnya diumumkan pada acara bulan Jun. Kononnya lebih dekat daripada yang disangka oleh semua orang. Ia mempunyai sejenis eksklusiviti PS5 (ketika itu samar-samar tetapi nampaknya eksklusiviti bertempoh sekarang). Dan saya tidak tahu mengapa mereka belum mengumumkannya.”

Jika korang ragu kesahihannya, Navtra terbukti boleh dipercayai pada masa lalu. Sebagai contoh, dia membocorkan senarai permainan video untuk acara PS5 sebelum tayangan sebenar dan juga mendedahkan DLC Spider-Man eksklusif untuk Marvel’s Avengers sebelum ia diumumkan. Malah, ahli lain dalam pun mengakui infonya kebanyakkan benar.

Cuma, ia masih penting untuk tidak buta-buta percaya. Tiada apa-apa di sini yang rasmi, dan walaupun semuanya betul, kandungan masih boleh berubah. Pada saat penulisan, Sony dan Square Enix tidak memberi komen tentang kebocoran atau spekulasi Final Fantasy XVI. Seelok-eloknya kita tunggu bila mereka bersedia.

Tags: Final Fantasy XVIps5Sonysquare enix
Previous Post

FIRAUN menyerang PUBG Mobile? Kostum, Acara dan banyak lagi di Ancient Secret!

Next Post

Jepun senaraikan anime kegemaran mereka untuk musim panas 2020!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Jepun senaraikan anime kegemaran mereka untuk musim panas 2020!

Jepun senaraikan anime kegemaran mereka untuk musim panas 2020!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd