Arena of Valor adalah antara game mobile yang femes sampaikan diorang ada tourney diorang sendiri baru-baru ni iaitu AOV Glory Cup. Nampak gaya makin ramai akan main game ni nanti bila ianya di-port masuk ke Switch bulan 9 ni.
Tencent memang tengah bekerja keras untuk pastikan usaha ni berjaya. Sebab bila masuk Switch, diorang akan dapat mende best macam physical buttons, skrin besar dan ofkos graphic lebih mampan. Lepas tu game ni akan run kat Global server.
Kepada yang tak tau, Arena of Valor adalah dame 5 lawan 5 MOBA. Untuk versi Switch nanti, akan ada satu mode baru yang dinamakan Motion Sention Hook War. Bunyinya macam dia akan take advantage kat Switch punya motion control Joycon. Kita tengok nanti camne eh. Tapi papepun beli Switch dulu la..
AOV ada lebih 30 hero dengan setiapnya ada ability tersendiri dan cara main. Hero ni termasuk DC Superheroes macam Batman dan the Flash.
Rasanya skang macam dah boleh pre-register, boleh dapat level 3 Arcana Chest dengan 100 gem. Nak link account AOV mobile skang kat Switch? Rasa-rasanya macam takleh sebab polisi Nintendo, korang tengok macam Fortnite kat Switch, cane?
Ini gameplay DIRECT FEED AOV kat Switch masa Gamescom 2018 baru ni ehsan dari GameXplain:
@gamersantaimy
Discussion about this post