Salah satu kejutan terbesar di Anime Expo 2020 ialah pengumuman The World Ends With You: The Animation dan di sini saya ingin berkongsi maklumat lanjut tentang keluarannya! Didedahkan di acara yang sama, mereka yang menghasilkan game ini dari beberapa tahun lepas akan terlibat sekali lagi untuk menyokong anime The World Ends With You (TWEWY) sepenuhnya. Saya juga menerima beberapa info lain tentang mereka yang terlibat ketika anime bersiap sedia untuk tayangan di seluruh dunia pada tahun 2021. Mari kita lihat trailer di bawah!
Menurut komposer daripada game asal (juga kembali sebagai komposer di anime baru), anime TWEWY akan menampilkan muzik baru yang dibuat khas untuk siri. Dia jelaskan bahawa ini adalah gambaran bagaimana dia berkembang dan maju di karyanya sambil mengekalkan gaya dan personaliti muzik asal. Bagi peminat yang kenal game TWEWY, anda pasti suka anime ini kerana telah disahkan bahawa pelakon suara asal akan kembali untuk anime baru.
Berikut adalah pelakon suara yang disahkan untuk adaptasi anime:
- Neku – Kouki Uchiyama
- Shiki – Anna Hachimine
- Joshua – Ryohei Kimura
- Beat – Subaru Kimura
- Rhyme – Ayana Taketatsu
Rupanya, ini adalah sesuatu yang mereka sudah lama inginkan sejak memulakan pembangunan permainan pada tahun 2006. Memandangkan banyak anime menggunakan cara “cross-promotion“, pelancaran anime mengambil masa yang lama kerana ia tidak ingin keluar serentak bersama permainan, menurut producer di sebalik game The World Ends With You.
Kazuya Ichikawa (Bakugan: Battle Planet, Monster Strike) ialah pengarah anime, dan menggabungkan beberapa 3DCG ke dalam animasi. Midori Goto akan menjadi penulis skrip, dan reka bentuk watak berdasarkan rekaan asli Tetsuya Nomura. Studio yang akan mengendalikan projek ini ialah DOMERICA x SHIN-EI.
Itu sahaja yang saya tahu buat masa ini, dan kita semua harus menunggu sedikit lama lagi untuk tahu lebih lanjut. The World Ends With You boleh didapati di Nintendo DS dan mobile manakala The World Ends With You: Final Mix kini tersedia di Nintendo Switch.
@gamersantaimy
Discussion about this post