Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[FGS] Bermain sebagai ninja siber di Ghostrunner! Gameplay rasmi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 14, 2020
in Acara, Artikel, Berita, PC, Steam
0 0
0
[FGS] Bermain sebagai ninja siber di Ghostrunner! Gameplay rasmi!
Share on FacebookShare on Twitter

Trailer gameplay baru untuk game “hack-and-slash” futuristik, Ghostrunner, telah membuat debut sulungnya di Future Games Show dan menunjukkan level Cyberspace baru yang lebih menarik, serta abiliti, musuh, dan lain-lain.

Bagi yang tidak tahu, Ghostrunner adalah game “first-person sword slasher” baru yang mempunyai gabungan Mirror’s Edge dan Dishonored, cuma ia berlatarkan konsep yang jauh berbeza. Terdapat banyak aksi memanjat dinding, melompat bangunan, aksi menyelinap, dan sudah tentu, membunuh. Anda boleh lihat lebih lanjut di Steam.

Sinopsis rasmi Ghostrunner:

“Di sebalik abu yang membakar dalam dunia yang hancur dan huru-hara, nyawa itu sangat murah dan kematian selalu di sisi. Di sinilah, dalam kehidupan yang suram dan sengsara ini, seorang pahlawan siber harus berjuang untuk bertahan hidup dan bernavigasi di tamadun yang dahulu sangat hebat. Sebuah menara besar menyimpan mangsa-mangsa dan ia terserah pada anda untuk bongkarkan misteri itu.”

Treler gameplay terbaru menunjukkan level baru bernama Cyberspace di mana anda boleh tonton di atas. Selain itu, beberapa musuh juga didedahkan, termasuk sebuah robot ala-ala yang kita selalu jumpa di Metal Gear Solid 4, serta beberapa abiliti yang anda akan gunakan dalam permainan . Tak sabar untuk main? Saya pun sama! Pastikan anda muat turun Ghostrunner apabila ia dilancarkan pada akhir tahun ini.

Tags: Future Games ShowGameplayGhostrunnerPC
Previous Post

[FGS 2020] Hanya eksklusif di PlayStation, Quantum Error ialah game FPS sci-fi horror terbaru!

Next Post

[PCGS 2020] Dan selebihnya… Lebih dari 50 permainan PC terbaru didedahkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu FINAL FANTASY X/X-2 HD Remaster (Edisi Nintendo Switch 2) – Kurang Grinding Tetapi Gameplay Masih Hebat
Review

Reviu FINAL FANTASY X/X-2 HD Remaster (Edisi Nintendo Switch 2) – Kurang Grinding Tetapi Gameplay Masih Hebat

July 31, 2026
Borderlands 4 – Masa Untuk ‘Grinding’ Loot Baru Dengan Bounty Pack 4
DLC

Borderlands 4 – Masa Untuk ‘Grinding’ Loot Baru Dengan Bounty Pack 4

July 31, 2026
Sekuel Stellar Blade Muat Naik “Video Muzik AI,” Timbul Kontroversi Di Kalangan Komuniti Gamer
Berita

Sekuel Stellar Blade Muat Naik “Video Muzik AI,” Timbul Kontroversi Di Kalangan Komuniti Gamer

July 31, 2026
Next Post
[PCGS 2020] Dan selebihnya… Lebih dari 50 permainan PC terbaru didedahkan!

[PCGS 2020] Dan selebihnya... Lebih dari 50 permainan PC terbaru didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd