Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game klasik daripada zaman PS2 & PC kini free di STEAM! Jom muat turun!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 10, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, PC, Steam
0 0
0
Game klasik daripada zaman PS2 & PC kini free di STEAM! Jom muat turun!
Share on FacebookShare on Twitter

Steam telah membuat satu lagi game percuma untuk dimiliki, tetapi tawaran itu hanya tersedia untuk tempoh yang sangat terhad. Jika anda sedar, ramai pemaju dan penerbit sedang menghadiahkan game mereka secara percuma untuk dimuat turun di Steam sejak kebelakangan ini. Trend ini pada awalnya bermula sebagai tindak balas terhadap wabak COVID-19, dan untuk mendorong gamers untuk tidak bosan di rumah selama wabak.

https://www.youtube.com/watch?v=PuRW8YiuFi4&feature=youtu.be

Freebie terbaru di Steam adalah Kao the Kangaroo: Round 2, yang disediakan untuk muat turun secara percuma sehingga 15 Jun. Selepas itu, ia akan kembali ke harga normal iaitu RM5.50.

Kao the Kangaroo: Round 2 datang ke Steam pada tahun lepas melalui Tate Multimedia. Namun, game ini sebenarnya membuat debut pada tahun 2005 melalui PC, Xbox, Nintendo GameCube, dan PS2 sebagai sekuel kepada Kao the Kangaroo pada tahun 2000. Setelah dilancarkan, game ini gagal menarik perhatian dunia, secara komersial, tetapi masih menjadi sebahagian daripada memori nostalgia bagi ramai gamers di luar sana, yang pasti gembira untuk menebusnya secara percuma.

Rumusan:

“Main sebagai Kao! Kanggaru paling lucu dan paling berani dalam versi digital Kao the Kangaroo: Round 2. Alami keseronokan bermain 3D single-player platformer klasik yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran, termasuk berlawan, berlumba, dan menyelesaikan teka-teki. Lompat hingga 25 tahap yang berlangsung dalam 5 dunia yang unik dan berwarna-warni untuk menyelamatkan rakan-rakan haiwan yang ditangkap oleh Hunter jahat dan konco-konconya!”

Penting untuk diperhatikan bahawa ini adalah muat turun percuma, bukan free trial atau demo masa terhad. Sebaik sahaja anda memuat turun game ini, ia adalah milik anda untuk selama-lamanya. Syaratnya, anda hanya perlu memuat turun sebelum tempoh percuma tamat pada 15 Jun!

Tags: FreeKao the Kangaroo: Round 2PCPercumasteam
Previous Post

Acara pertama gamescom asia ditunda ke 2021!

Next Post

“RAZER KISHI” Gaming Controller Universal untuk Android kini mula dipasaran!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
“RAZER KISHI” Gaming Controller Universal untuk Android kini mula dipasaran!

"RAZER KISHI" Gaming Controller Universal untuk Android kini mula dipasaran!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd