Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nak bercinta ke nak Kombat ni? Review “Sakura Wars” beraksi dalam The Flower Division!

Nak tengok mecha kaler PINK? Haa ada dalam ni!

Nyny.A by Nyny.A
June 10, 2020 - Updated on June 27, 2020
in Artikel, Berita, Game Review, PS4, Review
0 0
0
Nak bercinta ke nak Kombat ni? Review “Sakura Wars” beraksi dalam The Flower Division!
Share on FacebookShare on Twitter

Masa sukar untuk Tokyo Imperial Theatre. Dalam dekad selepas The Great War, International Combat Revue’s Flower Division telah jatuh pada masa-masa sukar. Sekiranya tidak cukup yang diberikan pelakon terbaik kumpulan teater itu, mereka tidak pernah kembali dari medan perang, ahli gantiannya bergelut untuk mencari identiti mereka sendiri dalam bayang-bayang menjelma yang pernah terjadi sebelumnya~ Jadi apa sebenarnya Sakura Wars ini?

Teater yang sangat hebat, kurang lengkap, kurang didana dan kurang dihadiri, telah menjadi bahan ketawa kepada penontonnya, dengan barisan barunya yang terdesak untuk mendapatkan arahan, sokongan dan bimbingan. Adalah orang asing yang dapat membawa semangat dan persembahan kembali ke pentas kayu yang reyot, untuk membantu para pelakon mudanya yang menjanjikan-tetapi-meragukan mencapai puncak potensi dramatis mereka. Untuk mencapai, mungkin melampaui, warisan legasi penceritaan teater …… Juga, untuk membimbing mereka dalam perang Mecha melawan tentera demon antara dimensi yang bertujuan untuk mewujudkan kiamat global.

Jadi, siapa yang pernah memainkan siri Sakura Wars sebelum ini sudah tentu anda tahu permainan ini bergenrenkan RPG+ Dating Sim+ Visual Novel sambil diselitkan Kombat menggunakan Mecha didalamnya! Sejujurnya, kami ni bukan lah peminat untuk genre ini, kerana memerlukan hampir hujung Chapter untuk sampai ke bahagian kombatnya. Bila sampai kombat saja memang kami teruja untuk bermainkannya. Jadi, kali ini SEGA memberi peluang pada kami untuk mencuba sendiri permainan Sakura Wars ini yang hadir di PlayStation 4, 30 April 2020. Tunggu apa lagi? Jom mulakan reviewnya!

Pengenalan – Seijuro kini Beraksi! 

Sakura Wars adalah reboot siri lama SEGA. Seperti pendahulunya, ia menggabungkan elemen visual novel dan dating sim juga tidak tertinggal kombat bersama robot steampunk (mecha), kerana ancaman pencerobohan demon menjulang di salah satu bandar utama Bumi. Ini semua mengenai masa alternatif Tokyo pada tahun 1940, ketika bekas kapten angkatan laut Seijuro Kamiyama dibawa untuk menerajui Flower Division yang merupakan skuad tempur wanita yang ditugaskan untuk mempertahankan ibu kota Jepun.

Bagi keseluruhan permainan ini, kami bermain sebagai Seijuro Kamiyama, hanya dalam kombat kami boleh menukar watak yang mengawal mecha tertentu. Jadi Seijuro ini adalah watak pratagonis sebagai Kepten pada Imperial Combat Revue’s Flower Division dimana dia mengawal operasi dalam Flower Division. Kebanyakkan masa kami habis dalam lokasi dengan “drama” permainan ini sambil membina hubungan dengan sekutu anda di Flower Division.

Sakura Wars mempunyai nuansa santai ketika kami mengembara di Tokyo. Langkah mungkin agak memakn masa untuk beberapa perjalanan, tetapi memberi ruang pengaturan yang menarik untuk bernafas. Senang cerita, ini bukanlah permainan yang terlalu panjang. Jika cepat menghabiskan sesuatu misi, sekejap sahaja dah selesai satu Chapter. Untuk keseluruhan permainan mungkin akan memakan 15-16 jam keseluruhan. Terdapat 8 Chapter keseluruhan iaitu:

  • Chapter 1 – Winds of Change
  • Chapter 2 – A Handful of Bliss
  • Chapter 3 – The Festival of Peace
  • Chapter 4 – Behind the Mask
  • Chapter 5 – Fallen Petals
  • Chapter 6 – Gone with the Stars
  • Chapter 7 – A Flower’s Fate
  • Final Chapter – Passing the Torch

Bagi watak yang hadir dari awal penceritaan adalah Seijuro Kamiyama sendiri, kemudian diikuti Sakura Amamiya, Hatsuho Shinonome, Azami Mochizuki, Anastasia Palma, Claris dan Koaru. Seperti yang anda ikuti dalam anime Sakura Wars, malangnya tiada watak lama yang ada dalam Sakura Wars kali ini kecuali Sumire sebagai Commander Imperial Combat Revue. Adalah juga dalam awal permainan dimana sebuah flashback dimana Sakura Amamiya diselamatkan oleh Sakura Taisen. Kemudian diikuti beberapa watak sampingan yang lain turut hadir seperti Komachi Oba, Reiji Shiba, Yui, Xiao Long dan penjahat seperti Oboro. Tapi kat bawah ni kami nak kenalkan sedikit intro bagi ahli Flower Division yang menyerlah dalam Sakura Wars!

Sakura Amamiya

Seorang pemain pentas pemula yang bergabung dengan Flower Division untuk mengikuti jejak idolanya bintang Sakura Shinguji. Dia sangat percaya pada pentingnya kedua-dua belah organisasi: unit pertempuran yang mempertahankan Tokyo dan rakannya yang dramatik, Imperial Revue, yang mengangkat semangat penduduk. Sakura dengan bersungguh-sungguh berdoa agar kedua-duanya akhirnya dikembalikan kepada kegemilangan mereka yang dulu.

Hatsuho Shinonome

Seorang gadis kuil yang kecantikannya menarik pengunjung ke Kuil Shinonome keluarganya yang bersejarah. Dilahirkan di kejiranan kelas pekerja di pusat Tokyo, dia adalah anak sejati di kota yang mencintai rakyatnya, festivalnya dan semua orang di ibu kota. Walaupun tampak agak ganas dan macam “tomboyish”, dia adalah rakan seperjuangan yang boleh dipercayai sebagai orang tengah untuk Flower Division.

Claris

Seorang gadis manis dan intelektual dari Luxembourg yang ulat buku. Rasa ingin tahu yang ganas tentang dunia mendorongnya untuk membaca setiap hari dan belajar tentang semua jenis topik. Nama penuhnya adalah “Clarissa Snowflake”, dan sebagai ahli keluarga Snowflake yang mulia di Luxembourg, dia telah mewarisi kekuatan libromancy berdasarkan buku ajaib.

Azami Mochizuki

Sebagai keturunan klan ninja Mochizuki, dia menunjukkan kemampuan yang luar biasa untuk seni mempertahankan diri, taktik pertempuran dan pengendalian senjata sejak usia muda walaupun dia masih muda. Berkat latihan yang ketat yang telah dia lalui sepanjang hidupnya, dia percaya tanpa ragu dalam 108 Village Rules yang diturunkan oleh klannya, berusaha untuk mematuhinya setiap saat. (anda boleh dengar setiap dari “rules” tu kalau keluar babak dia)

Anastasia Palma

Bintang pentas Eropah yang berasal dari Yunani. Dia baru-baru dipindahkan ke Tokyo revue setelah menghabiskan waktu di berbagai revues di seluruh dunia. Sebagai penyanyi dan pelakon bertaraf dunia, dia mempunyai karisma dan keyakinan untuk memainkan segalanya dari lelaki hingga ke godaan yang memukau.

Jalan permainan- Sedia? Jom berdating! Eh! 

Sakura Wars adalah permainan dari dua bahagian yang berbeza. “Adventure Mode” terdiri daripada dialog RPG / sim sosial yang berorientasikan watak, sementara “Battle Mode” melihat pertarunga ke mecha peribadi mereka untuk pertempuran dengan demon seperti yang dinyatakan di atas. Penting untuk diperhatikan bahawa Sakura Wars sangat bergantung pada yang permainan sebelumnya. Pada anggaran, nisbah sim sosial dan peperangan mech adalah sekitar 70:30, ya itu bermaksud dalam setiap chapter hanya 30% pertempuran. Ini tidak akan mengejutkan peminat siri, tetapi harus diperjelaskan untuk pendatang baru.

Jalan cerita sepenuhnya hampir kepada penceritaan Flower Division dan disini juga elemen dating sim memasuki dalam jalan cerita. Mengejar gadis impian sememangnya tidak lah sukar, kerja kami bergaul sepanjang masa dengan mereka apabila ada peluang yang tinggi, tetapi Seijuro kenalah menguasai teknik menggoda, kalau tak kena cop menggatal je kuat~ Tapi kalau “waifu” dah berkenan, jangan tanya kenapa watak semua comel je bila blushing! Dalam perbualan selalunya kita diberikan pilihan sehingga 3 atau 4. Setiap pemilihan dialog adalah penting kerana responnya akan memikat hati watak yang kita tengah borak tu. Jadi, sememangnya kita kena pilih yang terbaik agar tidak mengecewekan awek-awek ini dan kesudahannya anda akan berakhir dengan waifu kegemaran anda!

Untuk bahagian dating sim atau menyelesaikan tugas biasa seperti mencari orang atau sebagainya sememangnya terlalu mudah. Lari-lari pusing di Grand Imperial Theater, tiba-tiba misi anda selesai. Jadi ada beberapa adegan yang akan menjadi kecewa atau sedih kerana silap memilih dialog. Agak lucu dan menimbulkan nada yang tidak konsisten apabila tersilap berbicara. Pada chapter awal kami menerima telefon pintar dari Sumire untuk navigasi kami, disitu ada peta kawasan yang sangat mudah untuk kita melakukan misi, terdapat senarai misi, tekan untuk selanjutnya, kemudian hanya cari orang tertentu didalam peta untuk tahu dimana dia, pergi dan selesai misi.

Dalam telefon itu juga terdapat mini game yang kita boleh main bersama pasangan didalam Flower Division seperti game Koi-koi Wars (Game Card Jepun yang menarik untuk anda main jika bosan). Dari telefon itu juga, watak lain akan berinteraksi dengan Seijuro untuk berjumpa dimana atau apa-apa pesanan mel. Beralih semula pada Seijuro yang bersifat hyper yang kadang-kadang akan melompat tanda kejayaan, atau tiba-tiba merasa sedih atas sesuatu sebab dan dari situ dia sentiasa meramalkan hasil pilihan tertentu dan menjadi sukar, sebenarnya kesudahan dia mudah sahaja. Lagi satu, Seijuro ni kadang-kadang suka merepek atau terlepas cakap sesuatu yang lawak. Jadi perhatikan sekeliling peta, ada sahaja watak yang memerlukan bantuan dengan keluarkan tanda seru, jadi keluarlah satu misi seperti mencari anak hilang, atau anda boleh selesaikan misi dengan memujuk awek-awek Flower Division dan bagi mereka tergoda.

Rasanya anda dah faham dalam situasi penceritaan Dating Sim dan misi biasa ini. Jadi kita teruskan pada aksi yang ada dalam Sakura Wars! Walaupun hanya dalam 20-30% aksi kombat yang terdapat dalam setiap chapter dalam Sukra Wars, masa inilah baru kami bersemangat lagi untuk bermain. Sistem kombat menggunakan steam punk Mecha dan masing-masing ada warna tema sendiri. Ianya menggunakan sistem turn based tetapi bukan mengikut arahan atau turutan, kita boleh menukar watak yang ingin dimainkan pada bila-bila masa dengan menekan L1.

Pengawalan mecha agak mudah, hanya menekan butang bulat dan tigasegi, itu juga termasuk kombo, tekan banyak kali (Cth: 3x bulat dan 3x tigasegi) dan jadi kombo. Butang X pula untuk lompat, dan untuk melancarkan SP Gauge anda apabila penuh dan mengeluarkan Special Attack, anda hanya perlu menekan butang petak. Selebihnya seperti R1 dan R2 untuk Dash dan Dodge. Selebihnya anda hanya perlu memerhatikan gauge bar HP anda, jika anda tiada masa untuk lihat, senang sahaja, kalau dah nyawa-nyawa ikan tu akan keluar warna merah disekeliling skrin. Kalau dah kekurangan nyawa tu, pergi cari gem atau apa jua barang boleh dipecahkan dan nyawa anda akan ditambah semula.

Kami tak perlu menyusahkan diri untuk upgrade sebarang pokok kemahiran pun dalam Sakura Wars, jadi anda tidak perlu risau nak mengupgrade mecha anda atau naikkan level watak anda. Kalau mecha rosak jangan risau Reiji sedia membantu, bukan setakat membaiki mecha sahaja, pentas imperial theater pun dia tolong setupkan! Nak lawan demon ni memang tidak berhenti, senang cerita minion dimana-mana, lalu sini ada sana ada, sampai peringkat akhir baru lawan bos yang agak menyukarkan, tapi atas bantuan semua dalam Flower Division, menewaskan bos seperti Oboro sangat mudah.

Setiap mecha juga mempunyai kekuatan tersendiri mengikut watak yang ada, contohnya seperti Claris, mechanya juga boleh menggunakan magik untuk menewaskan musuh ~ Siap pegang buku magik lagi~. Tapi untuk kombat bawah atau lompat dan menyerang, Seijuto sememangnya watak yang kuat bersama mechanya, kerana berbanding pertempuran Sakura, kadang-kadang hit kepada musuh tidak kena dan dia senang lemah. Tetapi apabila menggunakan Special attack semuanya hebat dan antara yang menarik, Claris menggunakan Special Attacknya dan boleh pilih berapa hit untuk serangannya. Ada juga kelemahan dalam pertempuran seperti penggerakan kamera yang agak sukar dikawal kerana apabila menyerang bos, minion sering ganggu disekeliling, jadi adalah lebih baik untuk pemaju mengemas kini bahagian kamera ini.

Audio dan Grafik ~ Mata tak mengantuk pun main game ni!

Walapun ini bukanlah genre permainan kegemaran kami, tetapi kombinasi warna dalam permainan, serta audio nya tidak membosankan kami. Warna yang terang tapi lembut disekeliling perjalanan permainan, watak anime yang nampak ala-ala 2D ke 3D nampak cantik dan tiada cacat-cela. Juga sentiasa ada watak menarik seperti kehadiran Peanut dimana Seijuro harus memakai kostum nya memang comel. Audio juga sangat ketara dan konsisten, termasuk efek kepuasan selepas makan nasi goreng cina di kedai Xiaolong dan Yui! Pada yang nak tahu, Xiaolong dan Yui ini seperti Flower Division juga tetapi wakil dari China.

Kesimpulannya~ Percintaan atau Aksi?

Jadi pengakhiran untuk chapter sudah tentu anda akan mengetahui siapa waifu anda, untuk kami~ Shhh rahsia! Jadi untuk keseluruhan permainan, Sakura Wars sangat sesuai pada pemain yang sukakan visual novel serta dating sim, mungkin jika Sega menghasilkan Sakura Wars yang lebih kepada kombat, kami akan memberi mata 10/10..

Perjalanan cerita sememangnya memuaskan bagi genre ini, sangat mudah untuk menyelesaikan misi cuma setiap pilihan ditangan anda untuk memikat hati waifu dari Flower Division. Sakura Wars adalah kebangkitan semula siri ikonik yang menyeronokkan, menghadirkan gabungan genre yang menarik. Jadi tidak salah untuk anda mencubanya, pada peminat setia siri ini sudah tentu mereka tidak akan melepaskan permainan ini, pada pemain baru jangan tergoda lebih pula pada waifu yang ada!

Okay Sakura Wars kini sudah boleh didapati di platform PlayStation 4 Malaysia dengan berharga RM256.00 untuk edisi biasa dan edisi Deluxe berharga RM341.00. Jadi apa lagi? Jom pikat waifu yang comel dalam Sakura Wars dan berlawan dengan Mecha yang hebat!

Muat turun di sini
Sakura Wars
Publisher: Sega
Release Date: 2020-04-20
PlayStation 4
Sakura Wars adalah permainan video rentas genre yang dikembangkan dan diterbitkan oleh Sega untuk PlayStation 4. Entri utama keenam dan reboot lembut siri Sakura Wars, permainan ini dilancarkan pada tahun 2019 di Asia dan 2020 di seluruh dunia. Permainan ini menggabungkan unsu RPG, dating sim dan elemen novel visual.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Sakura Wars

8 Score

Andai kata anda peminat RPG dan Dating Sim, Sakura Wars sememangnya sebuah pilihan yang paling sesuai, dengan kombinasi grafik anime serta audionya yang menarik, anda pasti teruja untuk memikat hati waifu dalam permainan ini!

PROS

  • Watak-watak yang menarik, tidak bosan melihatnya
  • Konsep warna dan efek grafik tidak membosankan!
  • Tetapan mudah untuk kombat

CONS

  • Terlalu banyak dialog yang harus hadap
  • Pengawalan kamera yang agak tidak teratur sedikit

Review Breakdown

  • Nak waifu tak? Haa main Sakura Wars! 0
Tags: Flower DivisionInternational Combat Revue's Flower DivisionSakura WarsSakura Wars ReviewSakura Wars UlasansegaSeijuro Kamiyama
Previous Post

Filem terbaru Detective Conan ditangguhkan sehingga April 2021!

Next Post

Tak perlu susah payah! Main Counter-Strike 1.6 sekarang di web browser anda!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Tak perlu susah payah! Main Counter-Strike 1.6 sekarang di web browser anda!

Tak perlu susah payah! Main Counter-Strike 1.6 sekarang di web browser anda!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd