Untuk gamers-gamers di Malaysia, ingat tak zaman-zaman kita pergi CC (Cyber Cafe) hanya untuk bermain Counter Strike 1.6? Macam-macam memori datang kembali bila teringat.
Bagi mereka yang mencari keseronokan nostalgia, kini anda boleh bermain Counter-Strike 1.6 pada web browser sepenuhnya secara percuma. Pasukan di CS-ONLINE.CLUB telah mencipta kemudahan terbaik untuk bermain CS 1.6 dengan rakan-rakan.
Tidak perlu untuk daftarkan diri. Anda hanya perlu tekan link di bawah dan membiarkan permainan memuat turun sedikit data (mungkin memerlukan sedikit masa tapi tidaklah lama seperti permainan asal). Kemudian, anda boleh mulakan pertarungan FPS klasik antara “terrorist” dan “counter-terrorist“. Terdapat server di seluruh Asia, Eropah, Kanada, India, Amerika Syarikat dan Brasil untuk dipilih, serta peta klasik seperti de_dust, de_dust2, cs_assault, dan cs_italy yang selalu popular di mana-mana saja dan menjadi kegemaran orang ramai.
Jangan tunggu lagi! Pergi ke pautan di bawah untuk bermain Counter-Strike 1.6 pada web browser anda.
@gamersantaimy
Discussion about this post