Akaun rasmi Twitter Monster Hunter telah mengeluarkan senarai untuk raksasa paling banyak dan paling sedikit diburu untuk permainan Monster Hunter World: Iceborne. Data yang dikumpulkan untuk senarai telah diambil daripada soal selidik pada 8 hingga 14 Mei 2020. Jangan terkejut bila lihar! Beberapa raksasa dalam senarai itu mungkin akan mengejutkan anda, manakala raksasa yang lain mungkin sudah dijangka. Tanpa melengahkan masa, mari kita menyelidik dengan segera!
Makhluk yang paling diburu di Monster Hunter World: Iceborne adalah:
- Safi’jiiva
- Zinogre
- Ruiner Nergigante
- Teostra
- Odogaron
PS4版『モンスターハンターワールド:アイスボーン』
集計期間:2020年5月8日(金)~5月14日(木)
狩猟された数が多いモンスターTOP5(導きの地での狩猟を除く)
1位:ムフェト・ジーヴァ
2位:ジンオウガ
3位:悉くを殲ぼすネルギガンテ
4位:テオ・テスカトル
5位:オドガロン#MHWアイスボーン pic.twitter.com/zKOZjqpFXI— モンスターハンターワールド:アイスボーン公式 (@MH_official_JP) May 18, 2020
Tidak menghairankan untuk melihat Ruiner Nergigante dan Safi’jiiva dalam lima teratas, memandangkan peralatan dan senjata mereka sangat efektif dan bagus. Walau bagaimanapun, Odogaron yang berjaya disenaraikan agak mengejutkan. Adakah ia disebabkan armor-nya yang bergaya?
Akaun Twitter juga menyediakan soal selidik untuk raksasa yang paling kurang diburu, dan di sini adalah pilhan orang ramai mengikut urutan:
- Scarred Yian Garuga
- Brute Tigrex
- Bazelgeuse
- Furious Rajang
- Yian Garuga
PS4版『モンスターハンターワールド:アイスボーン』
集計期間:2020年5月8日(金)~5月14日(木)
狩猟された数が少ないモンスターTOP5(導きの地での狩猟を除く
1位:傷ついたイャンガルルガ
2位:ティガレックス亜種
3位:バゼルギウス
4位:激昂したラージャン
5位:イャンガルルガ#MHWアイスボーン pic.twitter.com/XSYqxZc3Xl— モンスターハンターワールド:アイスボーン公式 (@MH_official_JP) May 18, 2020
Dan itulah senarai lima raksasa paling kurang diburu di Monster Hunter World: Iceborne. Kemasukan Furious Rajang dalam senarai bukanlah kejutan besar kerana ramai menganggap ia antara raksasa paling sukar, manakala Bazelgeuse yang suka menyerang pemain ketika mereka melakukan misi akan sentiasa dianggap menjengkelkan.
Dalam berita paling baru, Monster Hunter World: Iceborne – Title Update 4 telah ditangguhkan kerana COVID-19. Sepatutnya dikeluarkan pada bulan ini, Title Update 4 akan merangkumi penambahan raksasa baru, Alatreon. Bersamanya, sudah tentu kita akan mendapat set perisai dan senjata yang sama bergaya.
Monster Hunter World: Iceborne kini tersedia untuk PlayStation 4, Xbox One, dan PC.
@gamersantaimy
Discussion about this post