Dengan baru-baru ini mengeluarkan bab terakhirnya, serta manga spin off Rengoku Gaiden diumumkan, manga dan anime terkenal Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba telah mengalami semua kegembiraan popularitinya, tetapi nampaknya sisi gelap dari kegembiraan ini juga semakin meningkat di francais. Walaupun baru-baru ini Shonen Jump mengucapkan selamat tinggal kepada siri yang meraih populariti sehingga mencabar manga One Piece ini, sekali lagi mereka membuat satu Tweet amaran di Twitter mereka kerana terdapat laporan pencipta manga ini Koyoharu Gotouge telah di scamm di Twitter untuk memanfaatkan siri ini untuk kemasyhuran mereka sendiri.
【ご注意下さい】
ただいまTwitter上で「#鬼滅の刃」吾峠呼世晴先生を名乗るアカウントが見られますが、ご本人ではありませんので、ご注意下さい。少年ジャンプ編集部
— 少年ジャンプ編集部 (@jump_henshubu) May 17, 2020
Laporan terbaru dari Shonen Jump sendiri, majalah itu mengeluarkan peringatan kepada peminat hari ini. Akaun itu, yang dikendalikan oleh penerbit Shueisha, membuat catatan untuk memberi amaran kepada peminat tentang akaun palsu di Twitter yang berpura-pura menjadi Gotouge. Sejak dari posting itu dinaikkan, akaun tersebut telah dibuang oleh pemilik scammer itu, profil @GotogeKoyoharu yang tipu tersebut membuat ramai peminat tersilap tag ingatkan pncipta yang asal.
Peminat bukan satu-satunya yang ditipu dalam tweet di profil yang mempercayai bahawa ia adalah Gotouge. LiSA, yang menyanyikan lagu tema pembuka untuk Demon Slayer juga ditipu. Penyanyi Jepun itu menulis tweet di akaun tersebut sambil meraikan bahawa Gotouge telah mendapatkan profil untuk dirinya sendiri, tetapi ia dibuang tidak lama kemudian. Selepas itu, LiSA telah berkongsi tweet amaran oleh Twitter Shonen Jump dengan emoji menangis, jadi nampaknya penyanyi tersebut turut discamm penciplak tersebut~
Malangnya, ini bukan drama terakhir yang ditangani Gotouge. Kehidupan peribadi pencipta ini turut dilanggar baru-baru ini apabila tabloid mengaku mempunyai sumber yang boleh dipercayai bersedia untuk berkongsi butiran mengenai Gotouge. Artis, yang telah melakukan yang terbaik untuk tetap berada di luar perhatian, telah menangani kebocoran maklumat sejak penjualan Demon Slayer mulai melonjak. Namun, si pembocor maklumat tabloid ini nyata menyinggung perasaan peminatnya.
Dengan tamatnya Demon Slayer, peminat mengharapkan Gotouge boleh kembali ke rutin hariannya yang biasa terutama pada musim COVID-19 ini. Bagi dia tenang sehingga pelancaran filem animasi terbaru Kimetsu no Yaiba yang dijadualkan ditayangkan Oktober 2020 di Jepun dan juga akan ditayangkan di Malaysia. Jadi jangan pula korang jadi scammer macam ini ye, kesian pencipta manga atau permainan apabila terjadi situasi serbegini.
Sumber: Anime News Network
@gamersantaimy
Discussion about this post