Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba secara rasmi berakhir, dan mempunyai penamat yang sangat berkontroversi kerana mengembalikan beberapa watak yang peminat sangka tidak akan melihat lagi. Bab 205 untuk siri ini mengakhiri kisah dengan menpercepatkan masa ke “zaman moden” Tokyo. Bertahun-tahun selepas peristiwa asal, finale ini membawa kembali beberapa wajah terkenal untuk kameo yang memang tidak dijangka.
Bab 205 tidak mengikuti Tanjiro dan rakan-rakannya, tetapi melonjak beberapa generasi ke depan untuk menceritakan cucu-cicit Kamado Tanjiro (yang kahwin dengan Tsuyuri Kanao) iaitu Kamado Sumihiko dan Kamado Kanata. Salah satu cucu-cicit Agatsuma Zenitsu (yang kahwin dengan Kamado Nezuko) bernama Agatsuma Yoshiteru (mempunyai adik bernama Agatsuma Touko) menyebutkan bahawa dia percaya pada reinkarnasi dan mereka yang dibunuh oleh iblis dihidupkan kembali dan kini menjalani kehidupan yang damai. Teori ini ternyata betul.
Ketika kita melihat lebih banyak kameo generasi masa depan, wajah-wajah yang tidak asing lagi mula muncul di kota moden ketika Sumihiko menuju ke sekolah. Tanjiro dan Nezuko bukan sahaja mempunyai generasi keturunan yang mempunyai wajah yang sama, malah watak-watak yang mati seperti Hashira juga telah kembali menjalani kehidupan mereka yang damai.
Contohnya, Shinobu Kocho dan kakaknya Kanae nampaknya telah hidup semula dan kini menghadiri sekolah menengah. Keturunan Hashira pada masa depan semuanya telah kembali dan menjalani kehidupan yang agak mirip seperti versi asalnya.
Kesimpulan ini menunjukkan bahawa kitaran reinkarnasi berterusan dan Tanjiro akhirnya mendapat kedamainan yang mereka memperjuangkan melalui generasi seterusnya. Tetapi apakah pendapat anda mengenai penamat ini? Terkejut melihat siri ini melonjak jauh ke masa depan? Adakah kisah Tanjiro benar-benar selesai?
@gamersantaimy
Discussion about this post