Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mari berluncur ke sana ke sini dengan Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 Remaster!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 13, 2020
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Mari berluncur ke sana ke sini dengan Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 Remaster!
Share on FacebookShare on Twitter

Francais Tony Hawk Pro Skater membuat “comeback”! Di Summer Game Fest, Activision mengumumkan bahawa Vicarious Visions akan remaster Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 untuk pelantar Playstation 4, Xbox One, dan PC. Edisi remaster ditetapkan untuk keluar pada 4 September dan akan merangkumi level, skater, “trick“, mod, dan soundtrack. Edisi remaster juga menambah mod permainan baru, termasuk online multiplayer. Pada masa yang sama, Activision juga mengumumkan butiran mengenai bonus pra-pesanan untuk permainan. Mereka yang membuat pra-pesanan digital akan mendapat akses ke Warehouse Demo pada pelancaran permainan manakala yang membuat pra-pesanan fizikal akan mendapat hadiah edisi terhad Tony Hawk Mini Fingerboard semasa mereka membeli permainan.

Satu wawancara dikeluarkan bersama dengan trailer yang menunjukkan bahawa Vicarious Visions membina edisi remastered dengan kod asli Neversoft sebagai asasnya. Bermula dari sana, mereka mengemas kini permainan untuk teknologi controller dan konsol moden, termasuk beberapa peningkatan pada kawalan permainan.

Senarai skater profesional di Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 termasuk Steve Caballero, Geoff Rowley, Bucky Lasek, Elissa Steamer, Kareem Campbell, Andrew Reynolds, Bob Burnquist, Eric Koston, Rodney Mullen, Jamie Thomas, Rune Glifberg, Chad Muska, dan Tony Hawk, masing-masing dengan abiliti khas mereka sendiri. Remaster ini mengembalikan semua level daripada permainan asal, termasuk Warehouse dan The Bullring. Setiap satu boleh dimainkan secara solo atau co-op dengan misi baru dan lama untuk diselesaikan.

Dengan grafik yang dikemas kini pada resolusi 4k 60 FPS, Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 mengembalikan mod Create-A-Skater dan Create-A-Park. Mod kreatif ini membolehkan pemain menggunakan kreativiti mereka sendiri untuk membuat level yang unik bagi menguji kemahiran rakan-rakan.

Itu sahaja info saya ada buat masa ini. Nantikan maklumat lanjut pada minggu-minggu akan datang!

Tags: PCPS4remasteredTony HawkTony Hawk's Pro Skater 1+2Vicarious VisionsXbox One
Previous Post

Pre-order Acer Spin 3 sekarang untuk menangi hadiah percuma bernilai hingga RM1000!

Next Post

Sony meningkatkan barisan Soundbar dengan pengenalan HT-G700!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Sony meningkatkan barisan Soundbar dengan pengenalan HT-G700!

Sony meningkatkan barisan Soundbar dengan pengenalan HT-G700!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd